Skip to main content

Hollywood

Brad Pitt Saman Angelina Jolie RM146 Juta

pitt_saman

Brad Pitt memfailkan saman kepada bekas isterinya, Angelina Jolie sebanyak RM146 juta sebagai ganti rugi berhubung pertikaian yang berlarutan terhadap ladang wain Château Miraval milik mereka bersama, menurut dokumen baharu yang difailkan di mahkamah.

Pihak guaman Pitt, menyerahkan bukti komunikasi pada 29 Oktober lalu berkaitan bukti emel bertarikh November 2023 yang menyaksikan peguam Jolie memberi maklum balas terhadap saman yang difailkan oleh aktor tersebut.

Saman tersebut melibatkan  Pitt, 61, menuntut ganti rugi berpuluh juta dolar, lapor People.

“Pitt telah memfailkan saman sebanyak ($35 juta) RM146 juta kepada Jolie dan dia yang telah menjadikan isu ini semakin terbeban.

“Oleh yang demikian, Pitt perlu membuktikan dokumen mengapa dia memerlukan perjanjian empat tahun yang menutup kesalahannya,” ujar peguam Jolie.

Menerusi satu emel pada Oktober 2023 pula, tim guaman Jolie mendedahkan bintang 
Once Upon a Time in Hollywood itu turut menuntut ganti rugi mengenai ‘kerosakan’ yang berlaku terhadap ladang tersebut sepanjang proses saman-menyaman berjalan.

Peguam Pitt sebelum ini mendakwa bahawa kurang daripada enam bulan selepas Jolie menjual sahamnya dalam Miraval, peguamnya mencadangkan klausa tidak memfitnah di antara mereka sebagai sebahagian daripada prosiding perceraian mereka.

Pitt mula memfailkan saman pada tahun 2022, mendakwa bahawa bekas isterinya telah menjual saham Miraval kepada Tenute del Mondo iaitu bahagian wain milik Stoli Group tanpa persetujuannya. Dia mendakwa mereka telah membuat persetujuan bahawa tiada pihak boleh menjual saham tanpa kelulusan pihak satu lagi.

Jolie menafikan wujudnya perjanjian itu dan membalas dengan saman balas, menuduh aktor dan penerbit itu telah “melancarkan perang dendam terhadapnya.”

Must-Watch Video

Advertisement