Skip to main content

Hiburan

Black Ops: Andy Teh Kongsi Cabaran Kerja Bawah Arahan Syafiq Yusof & Pengarah Hong Kong - “Budaya Kerja Sangat Berbeza…”

Astro Gempak

Sekilas

  • Andy Teh berkongsi pengalaman mencabar bekerja dengan dua pengarah berkaliber tinggi, Syafiq Yusof dan Chui Tze Yui, dalam filem Black Ops yang menggabungkan elemen aksi dari Malaysia dan Hong Kong.
  • Andy menjalani latihan intensif sebulan bersama pasukan lagak ngeri Hong Kong, menggabungkan teknik Silat dan Wushu untuk menghasilkan babak aksi yang realistik dan kemas.
  • Filem Black Ops adalah kolaborasi antarabangsa pertama antara produksi Malaysia dan Hong Kong, dijangka ditayangkan pada penghujung 2026 dengan barisan pelakon hebat dari kedua-dua negara.

Pelakon, Andy Teh menyifatkan pengalamannya bekerja di bawah dua pengarah berkaliber tinggi menerusi filem Black Ops sebagai satu cabaran besar yang membuka dimensi baharu dalam kerjayanya.

Menurut Andy, walaupun sudah biasa bekerjasama dengan pengarah tempatan, Syafiq Yusof pengalaman pertama digandingkan dengan pengarah Hong Kong, Chui Tze Yuimemberikan suasana kerja yang berbeza.

“Ini bukan kali pertama saya kerja dengan Syafiq, tapi ini kali pertama dengan Chui Tze Yui. Syafiq akan tentukan gaya dan arah, manakala Chui Tze Yui akan bantu dari segi sudut kamera dan teknikal.

“Budaya kerja Hong Kong sangat berbeza, terutamanya dari segi pengendalian babak aksi dan pergaduhan. Mereka sangat mahir dan pantas,” katanya.

Tambah Andy, dia menjalani latihan intensif selama sebulan bersama pasukan lagak ngeri dari Hong Kong bagi memastikan setiap babak aksi kelihatan realistik dan kemas.

“Sangat mencabar! Saya berlatih sebulan dengan pasukan stunt Hong Kong. Mereka bawa elemen Kung Fu dan Wushu.

“Bila kita gabungkan Silat dan Wushu, hasilnya nampak lebih cantik. Mereka juga sangat terbuka untuk dengar cadangan saya, contohnya kalau saya nak tambah teknik tendangan tertentu,” ujarnya.

Mengulas hala tuju kerjaya, Andy mengakui mahu dikenali sebagai pelakon versatil yang mampu membawakan pelbagai genre, namun rezekinya ketika ini lebih cenderung kepada watak aksi.

“Sebenarnya saya nak dikenali sebagai pelakon yang versatil, yang boleh bawa semua jenis watak. Tapi mungkin rezeki saya lebih banyak dalam genre aksi buat masa ini,” jelasnya.

Industri perfileman tempatan bakal menyaksikan satu kolaborasi besar apabila produksi Malaysia berganding bahu dengan syarikat penerbitan tersohor Hong Kong menerusi filem aksi berskala antarabangsa berjudul Black Ops, yang dijangka menemui penonton di pawagam pada penghujung tahun 2026. 

Filem terbitan bersama Skop Productions, Enotech, Komet Studios, Marvelous Culture & Film, Astro Shaw dan GSC itu turut melibatkan kerjasama One Cool Films milik bintang terkenal Hong Kong, Louis Koo, sekali gus menandakan kolaborasi pertama antara syarikat produksi Malaysia dan Hong Kong berkenaan.

Lebih mengujakan, Black Ops diarahkan oleh dua pengarah berkaliber tinggi iaitu Syafiq Yusof dari Malaysia dan Chui Tze Yui dari Hong Kong, menjadikan filem ini simbol hubungan kreatif sinema dua negara. 

Sebagai projek bertaraf antarabangsa, Black Ops menghimpunkan barisan pelakon hebat dari Malaysia dan Hong Kong antaranya Sharnaaz Ahmad, Benjamin Yuen, Hisyam Hamid, Datuk Aaron Aziz, Andy Teh, Fauzi Nawawi, Elizabeth Tan, Anding Indrawani, MK K-Clique, Raja Afiq, Benjamin Tan, Ken Law (Super Ken), Sean Lin, Mathni Razak, Balan Kash, Ahirine Ahirudin, Azman Hassan serta pelakon kanak-kanak, Rania Amanda.

 

Anda mungkin berminat dengan

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Must-Watch Video

Advertisement