Skip to main content

Hollywood

Bintang The Wire, James Ransone Mati Bun*h Diri

ransone

Sekilas

  • James Ransone, pelakon siri The Wire, ditemui meninggal dunia akibat bunuh diri di kediamannya di Los Angeles pada usia 46 tahun.
  • Ransone terkenal dengan watak Ziggy Sobotka dan pernah berlakon dalam filem seperti It: Chapter Two dan The Black Phone.
  • Pada 2021, Ransone mendedahkan dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual yang menyebabkan dia bergelut dengan ketagihan dadah dan alkohol.

Bintang siri The Wire yang ditayangkan di HBO, James Ransone ditemui maut di kediamannya pada usia 46 tahun di Los Angeles.

Ransone yang memainkan watak Ziggy Sobotka dalam siri tersebut disahkan meninggal dunia kerana membunuh diri. Aktor itu ditemui mati dengan cara menggantung diri.

Pengesahan tersebut dibuat oleh pakar perubatan dari Los Angeles County Medical lapor CNN.

Menerusi kenyataan yang diberikan kepada media, Ransone yang juga terkenal menerusi banyak karya di televisyen seperti  It: Chapter Two, The Black Phone, Black Phone 2 dan Poker Face, ditemui sudah tidak bernyawa pada Jumaat lalu.

Pada tahun 2021, Ransone pernah berkongsi dirinya menerima gangguan seksual daripada bekas gurunya. Insiden buruk itu telah mendorong dirinya terjebak dengan masalah ketagihan dadah dan alkohol.

Malah pada tahun 2016, dia juga pernah meluahkan perasaan mengenai dirinya yang menjadi manusia ‘tidak digemari’ dan hal itu terjadi dalam kebanyakan watak yang diterima dalam sesebuah naskhah.

“Saya selalu mendapat watak yang tidak disukai dan sebab itu saya juga tidak pernah berasa hidup ini baik,” katanya dalam temu bual silam.

Must-Watch Video

Advertisement