Skip to main content

Hiburan

“Bila Ianya Tidak Mudah Secara Automatik Ianya Tidak…”  - Beto Kusyairi

Astrogempak GBGTH

Sekilas

  • Beto Kusyairi menghargai sokongan penonton terhadap siri Good Boys Go To Heaven dan menyeru agar terus menonton karya asli di platform sah.
  • Beliau menjelaskan bahawa pembikinan naskhah berkualiti memerlukan modal besar dan usaha yang tidak mudah.
  • Penonton boleh menonton dua episod bonus eksklusif GBGTH di Astro, Astro Go dan Sooka selepas episod akhir yang penuh teka-teki.

Pelakon, Beto Kusyairi menghargai setiap sokongan penonton yang menyaksikan lakonannya menerusi siri Good Boys Go To Heaven, sambil menyeru orang ramai agar terus menyokong karya asli di platform yang sah.

Menerusi hantaran di Threads, Beto berkata ramai penonton menginginkan lebih banyak naskhah berkualiti, namun tidak menyedari bahawa proses pembikinannya bukanlah sesuatu yang mudah.

“Yang nakkan lagi naskah sebegini, apa yang aku boleh katakan.. pembikinannya tidak mudah. Bila ianya tidak mudah secara automatik ianya tidak murah. Modal besar oii 💸,” katanya.

Tambahnya, sokongan daripada penonton memainkan peranan penting dalam memastikan industri kreatif terus berkembang, khususnya dengan menonton karya melalui saluran yang sah.

“Jadi antara sumbangan kita selaku penonton yang nakkan karya-karya sebegini adalah sokongan anda.

“Untuk itu, besar hati kami atas tontonan kalian di platform yang sah. With love.. tolak cetak rompak digital,” ujarnya.

Pada Jumaat, segala teka-teki mengenai siapakah pembunuh Ahyan sudah terlerai apabila Doktor Nahar mengakui perbuatannya itu ketika menculik Yasser.

Meskipun ‘ending’ episod akhir itu dikatakan sedikit tergantung namun satu berita baik buat penonton apabila anda berpeluang untuk menyaksikan dua episod bonus GBGTH eksklusif hanya di Astro, Astro Go dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement