Skip to main content

Hiburan

Betty Rahmad Puji Keperibadian Uqasha Senrose - "Tak Pandang Harta Benda, Rajin Meniaga…"

njj

Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad tampil berkongsi sisi peribadi rakan artisnya, Uqasha Senrose, yang kini menjadi perhatian susulan kemelut rumah tangga bersama pelakon Kamal Adli.

Menerusi satu hantaran di platform Thread, Betty memaklumkan bahawa Uqasha yang dikenalinya bukanlah seperti yang digambarkan sesetengah pihak di media sosial.

Advertisement

“Uqasha yang saya kenali, tak pandang harta benda. Sangat rajin kerja cari duit dengan meniaga, buka booth sana sini.

“Korang tak kenal kan? Apatah lagi berborak. So hati-hati dalam berkata-kata. Semoga Allah permudahkan urusan Sha,” tulisnya.

Kenyataan Betty itu menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata bersetuju dengan pandangannya serta memuji keprihatinan pelakon itu dalam mempertahankan sahabatnya.

Terdahulu, Uqasha hadir ke prosiding pertama kes perceraiannya dengan Kamal Adli di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam, namun prosiding tersebut terpaksa ditangguhkan ke 28 Oktober depan selepas Kamal tidak hadir.

Menurut peguam syarie mewakilinya, Nurfarhana Abd. Manaf, Uqasha memfailkan perceraian atas alasan tiada persefahaman.

Difahamkan, pasangan itu juga tidak lagi tinggal sebumbung, namun tidak dimaklumkan sejak bila.
 

Rumah tangga mereka mula menjadi perhatian selepas Uqasha beberapa kali membuat siaran langsung meluahkan rasa penat menjaga anak sambil bekerja, manakala Kamal pula menegaskan dia tidak pernah mengabaikan keluarga serta sangat menyayangi isterinya dan anak perempuan mereka, Hawra Uqaira.

Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 5 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.


Sumber: Threads
 

Must-Watch Video

Advertisement