Skip to main content

Hiburan

Betty Rahmad Akan Buat ‘Live’ Lepas Tadarus, Nak Jelaskan Isu Didakwa Biadab Dengan Staf Booth - “Yang Mana Nak Percaya Dulu, Silalah”

ASTROGEMPAK Betty Rahmad

Sekilas

  • Pelakon dan usahawan Betty Rahmad akan buat penjelasan secara langsung selepas selesai urusan dan Tadarus berhubung dakwaan bersikap biadab dengan staf di sebuah acara.
  • Betty memohon masa untuk berehat dan akan buat live sekitar jam 11.30 pagi untuk jelaskan perkara sebenar.
  • Video tular menunjukkan individu dakwa Betty meninggikan suara kepada pekerjanya ketika sibuk melayan pelanggan di booth festival.

Susulan didakwa bersikap biadab dengan seorang staf di booth di sebuah acara, pelakon dan usahawan Betty Rahmad bakal tampil memberi penjelasan. 

 

Menerusi perkongsian di TikTok, Betty berkata dia memerlukan masa untuk menyelesaikan urusannya terlebih dahulu sebelum membuat penjelasan secara langsung (live). 


“Alhamdulillah selamat sampai rumah. Perlu masa untuk rehat, nak bangun masak dan bersahur. Lepas rindu dengan anak dan suami saya. 

 

“Akan buat live selepas Tadarus untuk perjelaskan tentang perkara itu. Yang mana nak percaya dulu, silakan. Yang mana kenal saya tahu saya macam mana. 

 

“Jadi biar saya selesaikan urusan saya kemudian saya akan live sekitar 11.30 pagi. Jangan tak tengok pula tau. Tak ulang dah. Sabar jap,” kongsinya. 

 

Sebelum ini, tular video memperlihatkan individu mendakwa seorang pelakon dan usahawan bersikap biadab dengan pekerjanya di booth di sebuah acara festival. 

 

Menerusi satu hantaran di TikTok, individu itu mendakwa pelakon berkenaan telah ‘meninggikan suara’ ke arah pekerjanya ketika sibuk melayan pelanggan lain. 

 

Individu berkenaan turut mempersoalkan tindakan tersebut dan menyifatkan tiada siapa berhak melayan pekerja dengan cara sedemikian, walaupun bergelar selebriti. 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

adidas Tennis Pickleball Shoes Men White JQ0695

adidas Tennis Pickleball Shoes Men White JQ0695

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

READY STOCK NOVENCCI Unisex Men's Outdoor Sneakers Sport Shoes Kasut Sukan Man Shoes

READY STOCK NOVENCCI Unisex Men's Outdoor Sneakers Sport Shoes Kasut Sukan Man Shoes

YOUMILIER Sweatshirt Pants Set 8062

YOUMILIER Sweatshirt Pants Set 8062

MInyak Saloma Oil Breasts Massage Koko Dada Maintenance Oil Hydrating Organic 30ml Beautiful Secret

MInyak Saloma Oil Breasts Massage Koko Dada Maintenance Oil Hydrating Organic 30ml Beautiful Secret

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Must Watch Video

Advertisement