Skip to main content

Hiburan

“Berlakon Dengan Orang Dah Berkahwin Kena Jaga Batas…” - Alvn

dvfdfdf

Sekilas

  • Alvn tekankan pentingnya minta izin dan berbincang dulu sebelum lakon babak sentuhan, terutama bila bergandingan dengan pelakon wanita yang sudah berkahwin.
  • Dia kongsi pengalaman susah nak cari keserasian dengan Nabila Razali dalam drama Sesaat Lebih, tapi komunikasi awal bantu mereka jadi lebih selesa.
  • Drama komedi romantik Sesaat Lebih akan ditayangkan secara eksklusif di Viu mulai 29 Januari 2026, dengan 12 episod setiap Khamis dan Jumaat.

Pelakon dan penyanyi Alvn berpendapat meminta izin dan berbincang terlebih dahulu adalah perkara penting sebelum melakonkan babak bersentuhan, lebih-lebih lagi apabila bergandingan dengan pelakon wanita yang sudah berkahwin.

Berkongsi mengenai pengalamannya ketika penggambaran drama terbaharu Viu Original, Sesaat Lebih, Alvn atau nama lengkapnya Alvin Chong Chean Wah, 34, berkata pada awalnya dia berdepan kesukaran untuk mencari keserasian bersama heroin, Nabila Razali, memandangkan pelakon itu sudah berstatus isteri orang.

“Untuk drama kali ini, mula-mula memang rasa agak susah sedikit dari segi chemistry bila berlakon dengan orang yang sudah berkahwin. 

“Kita kena jaga batas dan pada masa sama cari keserasian supaya nampak natural,” katanya.

Alvn berkata, sejak pertemuan awal di set, dia mengambil pendekatan dengan bertanya terlebih dahulu mengenai keselesaan rakan gandingan terhadap babak sentuhan yang diperlukan dalam lakonan.

“Awal-awal jumpa di set, saya tanya elok-elok. Saya cakap, ‘Bella, babak ini kena sentuh ya’. Lepas itu saya tanya lagi, suami awak okey ke tak?

“Dia beritahu semuanya okey. Lama-lama barulah masing-masing selesa dan masuk ‘air’,” jelasnya.

Alvin berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama siri Viu Original berjudul Sesaat Lebih yang berlangsung di 1 Utama pada Rabu.

Tambah Alvn, sebagai seorang pelakon bukan Islam, dia lebih berhati-hati dan merasakan komunikasi awal sangat penting bagi mengelakkan sebarang salah faham.

“Lagilah saya bukan Muslim, jadi memang kena tanya dulu. Dengan heroin yang belum kahwin pun tetap kena tanya. Kita tak tahu apa yang okey dan apa yang tak okey.

“Sebab itu rehearsal sangat penting. Kita kena tahu pergerakan macam mana, sentuh di mana, semua kena beritahu awal-awal,” katanya.

Menerusi perkembangan lain, Viu, perkhidmatan penstriman video terkemuka di bawah PCCW, bakal menayangkan siri Viu Original terbaharu berjudul Sesaat Lebih (Just A Little Longer) yang mengandungi 12 episod bermula 29 Januari 2026. 

Drama bergenre komedi romantik itu akan bersiaran secara eksklusif di aplikasi Viu setiap Khamis dan Jumaat.

Selain Alvn, drama ini turut dibintangi Nabila Razali,  Hazziq Husni, Zila Bakarin, Hawra Jamalullail dan Fahmy Reza. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Heritage Crossbody Bag

Nike Heritage Crossbody Bag

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Jordan Jumpman Hat - Brown

Jordan Jumpman Hat - Brown

Fjallraven High Coast Foldsack 24 - Black

Fjallraven High Coast Foldsack 24 - Black

Goorin Bros Panther Trucker Void - Black

Goorin Bros Panther Trucker Void - Black

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Must-Watch Video

Advertisement