Sekilas
- Hubungan Kak KM dan kakaknya, Kak Nona, kembali jernih selepas mengalami ketegangan sebelum ini.
- Video di Instagram menunjukkan momen emosional mereka berpelukan dan menangis bersama di rumah Kak KM.
- Kak KM meluahkan rasa syukur atas pemulihan hubungan itu selepas salah faham berkaitan perniagaan sebelum ini.
Hubungan usahawan sensasi Kak KM bersama kakaknya iaitu Kak Nona akhirnya kembali jernih selepas melalui rasa kurang mesra sebelum ini.
Berita gembira itu dikongsi menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram Kak KM dan juga ibunya, pelakon vateran, Normah Damanhuri pada Ahad.
Video pendek itu merakamkan kehadiran Nona ke rumah adiknya dan kelihatan Kak KM berada di ruang dapur kelihatan terkejut melihat kakaknya.
Lebih menyentuh hati, Nona terus meluru ke arah adiknya sebelum mereka berdua berpelukan erat dan berlinangan air mata.
Malah, ibu mereka juga kelihatan sebak dan tidak dapat menahan emosi menyaksikan momen tersebut turut mengalirkan air mata.
Menerusi kapsyen dimuat naik, Kak KM meluahkan rasa syukur apabila kakak keduanya itu kembali bersama keluarga.
“Allah Maha besar, terima kasih Ya Allah, syukur alhamdulillah,” tulisnya.
Sebelum ini, timbulnya desas desus mengatakan hubungan Kak KM dan Kak Nona dikatakan renggang selepas berlakunya salah faham melibatkan perniagaan.