Skip to main content

Hiburan

Bercakap Isu Rumah Tangga Secara Umum, Uqasha Senrose Mohon Maaf - "Saya Terlalu Ikut Emosi..."

Uqasha Senrose

Pelakon, Uqasha Senrose membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak selepas tular mengenai isu rumah tangga bersama pasangan, Kamal Adli baru-baru ini. 

Menurut Uqasha, dia tidak seharusnya bercakap mengenai isu rumah tangga secara umum dan mengambil tanggungjawab atas apa yang telah terjadi. 

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih saya dan ramai yang minta saya untuk dapatkan pertolongan. Benar saya perlukannya dan saya dengar apa yang anda nasihatkan kepada saya. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua yang menyokong saya, terutama ketika keadaan saya agak sukar kebelakangan ini. 

“Saya rasa saya perlu ambil tanggungjawab atas tindakan saya. Saya ingin minta maaf kepada semua yang menonton video dan melihat gambar atau kapsyen saya yang sebelum ini menimbulkan kemarahan dan mengaibkan mana-mana pihak.

“ Saya tak berniat langsung. Saya minta maaf. Saya tak patut bercakap tentang perkahwinan saya secara umum itu salah, dan saya mengaku ia salah,” katanya. 

Dalam pada itu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu lagi juga menyatakan tindakan tersebut dilakukan dalam keadaan dirinya sedang beremosi dan tidak berfikir panjang.

Uqasha turut menzahirkan permohonan maaf kepada ahli keluarganya, terutama ibunya, yang sentiasa berada di sisi sepanjang tempoh sukar tersebut.

“Pada ketika itu saya mungkin tidak fikir panjang, saya marah, sedih dan terlalu penat. Saya terlalu mengikut emosi saya tapi sekali lagi saya tak cakap benda itu alasan untuk saya berbuat demikian. 

“Saya minta maaf, betul-betul minta maaf, saya patut menguruskan perkara ini secara berbeza. Maksudnya, lebih secara bersama, lebih secara peribadi. Tetapi sebelum ini saya telah buat benda yang saya tak fikir panjang. Saya minta maaf dan juga kepada keluarga saya, saya nak minta maaf sangat-sangat. 

“Saya mahu terus ke hadapan dan bukan ke belakang. Apa yang dah jadi tu saya rasa kita ke hadapan sahaja,” tambahnya. 

Sebelum ini, beberapa hantaran berunsur luahan hati di media sosial milik Uqasha menarik perhatian ramai sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen mengenai status rumah tangganya.

Uqasha juga telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur untuk sebutan pertama bagi pemfailan cerai yang telah dilakukan pada 1 Oktober lalu. 

Bagaimanapun, proses itu terpaksa ditunda kerana Kamal Adli tidak menghadirkan diri ke mahkamah. 

Advertisement

Untuk rekod, Uqasha Senrose dan Kamal Adli disatukan sebagai suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis di Janda Baik, Pahang. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.

Must-Watch Video

Advertisement