Skip to main content

Hiburan

Bella Dowanna Beri Bayangan Bakal Lebih Banyak Projek Dengan The Fabulous Cats - “Kerjasama Bersama Tidak Akan Terhenti Di Sini…”

ASTROGEMPAK Bella Dowanna

Sekilas

  • The Fabulous Cats kembali dengan lagu raya terbaru berjudul ‘Satu Syawal’ yang kini boleh didengari di semua platform penstriman muzik.
  • Kerjasama bersama Beatus Live bukan sahaja melancarkan lagu raya, malah membuka peluang untuk projek kreatif yang lebih besar dalam industri hiburan tempatan.
  • Video muzik ‘Satu Syawal’ menggunakan konsep teknologi Hybrid AI dan pelancaran lagu ini diadakan di Seeds Premier Hotel, Kuala Lumpur.

Kumpulan The Fabulous Cats akhirnya membuat kemunculan semula dengan menampilkan lagu raya berjudul ‘Satu Syawal’ baru-baru ini. 

 

Pengarah Beatus Live yang juga aktres, Bella Dowanna, berkata, kerjasama dengan The Fubulous Cats merupakan satu langkah penting dalam menghubungkan elemen muzik, kreativiti dan penceritaan yang dekat dengan masyarakat.

 

“Kami di Beatus Live melihat projek ini bukan sekadar pelancaran sebuah lagu raya, tetapi sebagai platform untuk menghasilkan karya yang mempunyai nilai emosi dan cerita yang dekat dengan kehidupan masyarakat.

 

“Kerjasama bersama The Fabulous Cats ini juga tidak akan terhenti di sini, malah kami sedang merancang beberapa projek istimewa yang bakal diumumkan pada masa akan datang,” kata Bella.

 

Bella ditemui ketika majlis pelancaran lagu tersebut di Seeds Premier Hotel, Sri Petaling, Kuala Lumpur, pada baru-baru ini. 

 

Penganjuran majlis pelancaran ini diterajui oleh Beatus Live selaku penganjur utama dengan sokongan rakan strategik iaitu Big Work, Ruby F&B, Luncai Emas dan Loket MY yang turut memainkan peranan penting dalam menjayakan acara pelancaran ini.

 

Malah, pelancaran ini juga sekali gus menjadi titik mula kepada kolaborasi lebih besar, yang dijangka membuka lebih banyak peluang projek kreatif dalam industri hiburan tempatan.

 

Lagu ‘Satu Syawal’ sudah boleh didengari menerusi semua platform penstriman muzik dan penggambaran muzik video (MV) yang dilancarkan juga turut menggunakan konsep teknologi Hybrid AI.

Anda mungkin berminat dengan

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Must-Watch Video

Advertisement