Skip to main content

Hiburan

Bella Astillah Dedah Ayden Selalu Puji Syed Saddiq - “Dia Suka Tengok YB Sebab…”

ASTROGEMPAK Bella Astillah

Sekilas

  • Bella Astillah dedah hubungan dengan tunang, Syed Saddiq, semakin rapat sejak setahun lalu walaupun kenal sejak 2023 sebagai kawan.
  • Anak Bella, Ayden, puji Syed Saddiq sebagai seorang yang baik, hormat orang tua dan sangat baik dengan semua orang.
  • Bella dan Syed Saddiq selamat bertunang dalam majlis yang disiarkan secara langsung di Astro Ria dan Astro AWANI baru-baru ini.

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan hubungan dia dengan tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq semakin rapat sejak setahun lalu. 

 

Biarpun sudah mengenali satu sama lain sejak 2023, namun Bella memberitahu hubungan tersebut pada awalnya hanyalah sebagai rakan kerana Syed Saddiq dikenali sebagai seorang yang gemar membantu orang lain.

 

“Sebenarnya kita dah kenal dari tahun 2023, tapi masa itu memang hanya kawan. Dia banyak tolong orang-orang yang memerlukan bantuan. 

 

“Masa itu kawan Bella ada masalah. So lepas itu macam kawan-kawan. Tapi kalau kata rapat, actually genap setahun,” kata Bella menerusi video temu bual yang dikongsikan di TikTok Era. 

 

Dalam masa sama, Bella turut berkongsi pandangan anaknya terhadap Syed Saddiq yang disifatkan sebagai seorang yang berperibadi baik.

 

“Sebenarnya selalu, setiap masa terutama Ayden… dia kata, dia suka tengok YB sebab YB sangat menghormati orang tua. Dia kenal ke tak kenal ke dia beri salam. 

 

“Benda-benda yang baik tu la anak-anak Bella nampak. Dia cakap uncle very smart, very kind. Bukan hanya baik dengan Bella dan anak-anak, tapi dengan orang yang tak dikenali juga,” katanya. 

 

Untuk info, Bella dan Syed Saddiq selamat mengikat tali pertunangan pada Sabtu lalu di sebuah majlis yang disiarkan secara langsung di Astro Ria dan Astro AWANI.

 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Must-Watch Video

Advertisement