Skip to main content

Hiburan

Bella Astillah Ajak Orang Ramai Sertai Solat Hajat Buat Syed Saddiq

Astro Gempak 578

Sekilas

  • Bella Astillah mengajak orang ramai hadir ke Majlis Solat Hajat pada 25 Jun untuk mendoakan kesejahteraan dan kelancaran urusan tunangnya, Syed Saddiq.
  • Syed Saddiq sedang menunggu keputusan rayuan kesnya yang melibatkan pertuduhan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram, dengan keputusan dijangka pada 30 Jun.
  • Perkongsian Bella di Threads mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen yang turut mendoakan dan memberi sokongan kepada bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mengajak orang ramai menghadiri majlis solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan serta kelancaran urusan tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelang keputusan rayuan kes yang bakal diputuskan pada 30 Jun ini.

Menerusi perkongsian dalam Threads, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berharap orang ramai dapat bersama-sama mengimarahkan majlis tersebut sebagai tanda sokongan dan kasih sayang terhadap Syed Saddiq.

“Marilah kita sama-sama hadir ke Majlis Solat Hajat pada 25 haribulan ini (Khamis) bagi mendoakan kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan YB Syed Saddiq.

“Semoga Allah mengurniakan ketenangan, kekuatan dan keadilan buat beliau.

“Doa dan kehadiran anda semua adalah tanda kasih dan sokongan,” tulisnya.

Bella turut menyertakan doa dalam bahasa Arab yang memohon agar Allah SWT sentiasa bersama golongan yang berada di pihak kebenaran dan keadilan.

dsfg



Terdahulu, pada 9 November 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Syed Saddiq atas empat pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Beliau dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta.

Syed Saddiq didakwa bersubahat melakukan pecah amanah jenayah dana Armada berjumlah RM1 juta, menyalahgunakan harta sebanyak RM120,000 selain berdepan dua pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan transaksi RM50,000 dari akaun peribadinya ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Keputusan rayuan kes tersebut dijadualkan diputuskan Mahkamah Rayuan pada 30 Jun ini.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

naelofar Samira Slim Sejadah

naelofar Samira Slim Sejadah

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

Must Watch Video

Advertisement