Skip to main content

Hiburan

Bell Ngasri & Ajai Jadi ‘Budak Nakal’, Kacau Fattah Amin & Amira Othman - “Sejak dah Kahwin Inilah Yang Terjadi…”

Bell Ngasri

Sekilas

  • Pelakon Bell Ngasri berkongsi video pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman sedang membaca skrip bersama.
  • Bell berseloroh pasangan suami isteri itu kurang bergaul sejak berkahwin, manakala dia dan komposer Ajai menjadi 'budak nakal' mengusik mereka.
  • Bell juga menyatakan mereka seperti mengganggu pasangan bercinta yang sedang ulang kaji skrip bersama.

Pelakon Bell Ngasri berkongsi video memperlihatkan momen pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman sedang membaca skrip. 

 

Menerusi perkongsian di Threads, Bell sempat menyakat pasangan suami isteri yang tidak lagi mahu bercampur dengan dia dan komposer terkenal, Ajai. 

 

“Sejak kahwin ni, inilah yang terjadi kepada @fattahaminz @amiraaothman. Dia dah kurang campur orang dan, saya dan abang Ajai pula macam budak-budak nakal kacau pasangan bercinta tengah study pula. 

 

“Jangan shoot nanti dialog mbobok salahkan kita pula Ajai ni,” kata Bell. 

 

Dalam pada itu, Bell turut berseloroh mengatakan dia dan Ajai seperti ‘budak jahat’ yang sedang menganggu pasangan bercinta sedang ulang kaji pelajaran. 

 

“Wow sejak kahwin, baca skrip pun dengan bini. Yang kita pula macam budak jahat kacau orang nak belajar apahal Cik Ajai,” tulisnya. 

 

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement