Skip to main content

Hiburan

Bekas Suami Ucap Terima Kasih Atas Semua Kenangan, Ini Jawapan Norreen Iman…

Norreen Iman

Sekilas

  • Norreen Iman dan bekas suaminya, Mohd Razzi Abd Razak, sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur baru-baru ini.
  • Norreen berkongsi perkembangan terkini di Instagram dengan kapsyen positif, manakala Razzi meninggalkan komen penghargaan terhadap kenangan bersama.
  • Kedua-duanya saling membalas komen dengan kata-kata terima kasih dan penghargaan sebagai pasangan dan ibu bapa kepada anak-anak mereka.

Selepas sah bercerai, pempengaruh media sosial dan pelakon, Norreen Iman menyorot perhatian apabila memuat naik hantaran mengenai perkembangan terkininya di media sosial.

Menerusi Instagram (IG), Norreen dilihat berkongsi beberapa gambar memaparkan dirinya sambil menulis kapsyen ringkas.

“My life recently, mari berbuat baik antara satu sama lain,” tulisnya.

Lebih mencuri tumpuan, bekas suami kepada Norreen iaitu Mohd Razzi Abd Razak turut meninggalkan komen yang cukup bermaknsa terhadap perkongsian tersebut.

“Terima kasih atas semua kenangan bersama,” komen Razzi.

Tidak berdiam diri, Norreen turut membalas komen tersebut sambil menitipkan kata penghargaan terhadap bekas suaminya itu.

“Sama-sama Zi (Razzi), terima kasih jadi pasangan yang baik serta bapa penyayang buat Ellen dan Eshan,” balas Norreen.

Terdahulu, Norreen dan Razi sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur pada Khamis.

Norreen terdahulu hadir prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai di mahkamah yang sama pada 29 April lalu namun tidak memberikan sebarang komen.

Rumah tangga Norreen dan Razzi didakwa bergolak kerana tidak lagi berkongsi gambar dan kandungan bersama di laman.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 2011 dan memiliki sepasang cahaya mata.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Must Watch Video

Advertisement