Bekas suami model sensasi, Katie Price, Kieran Hayler dituduh melakukan tiga pertuduhan seks terhadap seorang remaja berusia 13 tahun.
Hayler, 38, didapati melakukan kesalahan tersebut sekitar Jun dan Oktober 2016. Jenayah seks tersebut juga dilakukan sewaktu Hayler masih menjadi suami Price, 47.
Advertisement
Menerusi kenyataan yang diberikan pihak Sussex Police, selain merogol, Hayler juga melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan yang identitinya dirahsiakan.
“Kami mengesahkan Kiera Hayler, 38, telah melakukan perbuatan rogol sebanyak tiga kali dan melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun di antara 1 Jun dan 13 Oktober 2026,” tulis kenyataan tersebut seperti dilaporkan DailyMail.uk.
Pihak guaman Hayler bagaimanapun menafikan pertuduhan tersebut dan mengatakan kliennya akan memberi kerjasama penuh kepada polis.
Hayler yang juga merupakan seorang penari bogel dan pembantu kesihatan itu berkahwin dengan Price pada 2013. Mereka dikurniakan dua orang anak sebelum berpisah pada 2018.
Lelaki itu juga sebelum ini pernah didedahkan curang dengan rakan baik Price sewaktu mereka masih berkahwin.