Skip to main content

Selebriti

Bekas Suami Dakwa Halang Jumpa Anak-Anak, Shermine Ah Moi Tampil Nafi Tuduhan - “Pihak Sebelah Tak Sahkan Tarikh Awal, Ceroboh Kediaman & Bawa Lari”

Shermine nafi dakwaan View Chin

Sekilas

  • Shermine Ah Moi menafikan dakwaan bekas suaminya, View Chin, yang mendakwa dia sengaja menyembunyikan anak-anak dan menghalang pertemuan.
  • Shermine menjelaskan krisis berlaku akibat kegagalan komunikasi dan menegaskan kepentingan keselamatan serta perasaan anak-anak perlu dihormati.
  • View Chin didakwa melanggar perintah mahkamah dengan membawa lari anak-anak tanpa notis seminggu lebih awal, dan tindakan undang-undang telah diambil.

Usahawan dan pempengaruh, Shermine Ah Moi tampil menafikan tuduhan bekas suaminya iaitu View Chin yang mendakwa dia sengaja menyembunyikan anak-anak.

Shermine menerusi hantaran di Threads menjelaskan dia tidak pernah menghalang bekas suaminya untuk bertemu anak-anak.

“Merujuk kepada isu yang sedang tular di media sosial sejak kebelakangan ini, saya dengan ini ingin memberikan penjelasan secara rasmi.

“Saya tidak pernah menghalang pihak sebelah untuk berjumpa dengan anak-anak. Selama ini, kami sentiasa berbincang, malah saya memberikan kepercayaan penuh.

“Krisis ini berpunca daripada kegagalan komunikasi. Pendirian saya tegas: Wajib menghormati pendapat saya dan pada masa yang sama, menghormati keinginan anak-anak.

“Tindakan membawa anak-anak menyertai kehidupan yang tidak menentu bersama pihak ketiga-yang mana status hubungannya masih belum disahkan melalui sebarang prosedur undang-undang-tanpa sebarang perbincangan, adalah sesuatu yang amat membimbangkan.

“Saya tidak akan berkompromi terhadap kepentingan peribadi yang mengabaikan perasaan dan keselamatan anak-anak,” tegasnya.

Jelas Shermine lagi, View Chin didakwa melanggar perintah mahkamah kerana tidak memberi notis seminggu awal sebelum urusan pengambilan anak.

“Disebabkan lokasi perkhemahan yang tidak sesuai untuk anak bongsu, saya telah memaklumkan kepada beliau untuk menjemput anak-anak sekembalinya saya nanti.

“Mengikut Perintah Mahkamah, sebarang lawatan yang melibatkan bermalam (overnight) perlu dimaklumkan sekurang-kurangnya seminggu lebih awal.

“Walau bagaimanapun, pihak sebelah tidak pernah mengesahkan tarikh lawatan dan gagal memenuhi tanggungjawab untuk memberi notis awal.

“Sebaliknya, beliau telah menceroboh kediaman peribadi saya secara haram dan membawa lari anak-anak tanpa mematuhi prosedur.

“Ini adalah satu pelanggaran undang-undang yang serius dan tindakan undang-undang secara rasmi telah pun diambil,” jelasnya.

Terdahulu, View Chin tampil menerusi beberapa video mendakwa bekas isterinya, Shermine Ah Moi membawa lari anak-anak dan sengaja melarang mereka daripada bertemu.

Bukan itu sahaja, View Chin juga turut mendakwa Shermine telah menyekat kad akses kediamannya.

Sumber: Threads @shermine_ahmoi91

Anda mungkin berminat dengan

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Must-Watch Video

Advertisement