Skip to main content

Hiburan

Beby Maembong ‘Sakit Mata’ Lihat Wanita Kutip Puting Bayi & Sumbat Semula Ke Mulut - “Bila Tegur, Dia Kata…”

Beby Maembong

Sekilas

  • Beby Maembong berkongsi pengalaman kecewa melihat seorang ibu memasukkan puting bayi yang jatuh ke lantai ke dalam mulut sendiri sebelum diberikan semula kepada bayi tersebut.
  • Beby menegur tindakan itu kerana risiko kuman dan bakteria yang boleh membahayakan sistem imun bayi yang masih lemah.
  • Walaupun ditegur dengan baik, wanita itu tetap berpendapat anaknya sudah biasa, menyebabkan Beby menegaskan pentingnya menjaga kebersihan dan mengelakkan sikap ego.

Kakak kepada pelakon, Emma Maembong iaitu Beby Maembong meluahkan rasa geram ketika melihat satu kejadian yang berlaku di bilik menyusu melibatkan seorang wanita bergelar ibu, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Beby menceritakan bahawa puting milik bayi wanita berkenaan telah terjatuh ke lantai.

Namun, apa yang benar-benar mengejutkan Beby apabila wanita berkenaan memasukkan puting itu ke dalam mulut sendiri sebelum menyumbat semula ke dalam mulut bayi tersebut.

“Puting seorang bayi ini jatuh atas lantai public nursing room. Si ibu (wanita itu) ambil, masuk milik sendiri kemudian terus suap balik pada bayi???

“Awak tahu tak berapa banyak kuman dan bakteria berada atas lantai itu? Tambah pula air liur orang dewasa, terus pindahkan ke bayi yang mempunyai sistem imun yang masih lemah. Bahaya,” kongsinya.

Beby kemudiannya menegur wanita itu dengan cara yang baik namun agak terkejut dengan jawapan yang diberikan.

“Bila kita tegur elok-elok dia kata, ‘Tak apa anak saya dah biasa, jangan ciwi sangat’.

“Ciwi kau kata? Ini bukan pasal ciwi tapi ini pasal kebersihan.

“Ego tolong simpan sikit, kita tegur sebab ambil berat dan bukannya nak menghukum,” ujarnya.

Di akhir ciapan, Beby beranggapan bahawa prasangka diri sentiasa betul adalah satu perkara yang tidak bagus dan boleh memudaratkan diri seseorang.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement