Skip to main content

Selebriti

Beby Maembong Nasihat, Adab Penting Dalam Komunikasi - “Tak Kira Umur Atau Taraf, Panggilan Seperti…”

Beby Maembong adab

Sekilas

  • Beby Maembong tekankan pentingnya adab dan etika dalam komunikasi terutama dalam urusan perniagaan dengan orang yang tidak dikenali.
  • Beliau sarankan penggunaan gelaran seperti Puan, Cik, atau Encik sebagai tanda hormat tanpa mengira usia atau latar belakang.
  • Beby nasihatkan untuk jawab dengan tenang bila orang minta dipanggil dengan gelaran tertentu, kerana itu menunjukkan profesionalisme dan keperibadian.

Pelakon dan usahawan, Beby Maembong berpendapat adab dan etika dalam berkomunikasi merupakan asas penting dalam dunia perniagaan terutamanya ketika berurusan dengan individu yang tidak dikenali.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Beby menegaskan bahawa rasa hormat perlu menjadi keutamaan dalam setiap bentuk komunikasi, tanpa mengira usia mahupun latar belakang seseorang.

“Me as business owner dan sesama manusia, adab komunikasi memang sangat penting.

“Bila berurusan dengan orang yang kita tak kenal, asasnya adalah hormat. Tidak kira umur, atau taraf, panggilan seperti Puan, Cik, Encik dah sopan,” tulisnya.

Beby memberikan pendapatnya sebagai respon kepada pertanyaan seorang individu mengenai situasi yang dilaluinya.

“Kenapa ada orang... ‘Saya Datin, panggil saya Datin’ Nak reply apalah krikkrik plak aku,” tulis individu tersebut.

Jelas Beby lagi, penggunaan gelaran yang betul bukan sekadar formaliti, sebaliknya mencerminkan keperibadian serta profesionalisme seseorang dalam membina hubungan, sama ada dalam konteks perniagaan atau sosial.

“Jangan suka suka panggil orang makcik, jadi kalau orang dah kenalkan diri, ‘saya Datin, panggil saya Datin’.

“Pada saya, tak perlu rasa kekok atau annoyed. Itu cara dia memilih untuk dikenali. Jawab sahaja dengan tenang, ‘baik datin’ dan teruskan perbualan seperti biasa. Ketenangan tu lebih mahal daripada gelaran,” kongsinya.

Berikut merupakan perkongsian Beby: 

Sumber: Threads @beby_maembong

Anda mungkin berminat dengan

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

Kurung Riau Klasik Linen Nude

Kurung Riau Klasik Linen Nude

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

Must-Watch Video

Advertisement