Skip to main content

Filem

Baru Ditayangkan, Malam Terlarang Terbitan Astro Shaw Dah Raih RM3 Juta

dfvdv

Filem seram terbaharu terbitan Astro Shaw, Malam Terlarang, mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih kutipan pembukaan sebanyak RM3 juta hanya dalam tempoh beberapa hari tayangan.

Pencapaian itu sekali gus membuktikan naskhah tempatan bergenre seram masih mendapat tempat dalam kalangan penonton, apatah lagi menampilkan gandingan hebat Zul Ariffin dan Sofia Jane di bawah arahan pengarah baharu, Labu.

Advertisement

Menurut Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, pihaknya bersyukur atas sambutan luar biasa penonton yang memberi sokongan terhadap karya tempatan berkualiti tinggi.

“Kami amat berterima kasih atas sokongan luar biasa daripada penonton yang memilih untuk menonton Malam Terlarang di pawagam. Kejayaan ini bukti bahawa karya tempatan yang dihasilkan dengan kualiti tinggi dan jalan cerita dekat di hati rakyat masih mendapat tempat.

“Kami mengajak mereka yang belum menonton untuk merasai pengalaman sinematik Malam Terlarang di layar besar,” katanya.

Filem tersebut bukan sekadar menghidangkan elemen seram dan mistik Nusantara, malah turut menyentuh tema kekeluargaan serta nilai kemanusiaan. Visual yang memukau serta lakonan mantap barisan pelakon turut menjadi antara faktor kejayaannya.

Di media sosial, ramai penonton meluahkan rasa puas hati selepas menonton karya itu di pawagam.

Ada yang menyifatkannya sebagai antara filem seram tempatan terbaik tahun ini, malah lebih baik daripada beberapa filem seram antarabangsa.

“Cubaan menarik yang berjaya memukau dari segi pembikinan dan jalan cerita.

“Jalan ceritanya padat, seramnya cukup dan berdasarkan amalan lama yang pernah diharamkan,” komen beberapa penonton.

Malam Terlarang mengangkat mesej tentang manusia yang sanggup bertuhankan nafsu demi kemahuan duniawi. Berlatar era 1980-an, kisahnya berpusat pada seorang gadis bernama Mawar yang diganggu pengalaman mistik selepas kematian kakaknya.

Filem ini dibintangi oleh Zul Ariffin, Sofia Jane, Shasha Abedul, Sabri Yunus, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Haneesya Hanee, Amir Nafis, Aila Azizul dan Sadiq M. Jamil.

Malam Terlarang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara dan Brunei.

Must-Watch Video

Advertisement