Bapa kepada penyanyi, Amira Othman tidak dapat menahan sebak sewaktu menitipkan pesanan buat menantunya, aktor, Fattah Amin.
Pesanan itu diberikan Othman dalam majlis persandingan Amira dan Fattah yang diadakan di
Dewan Persada Johor Bahru, Johor, pada Sabtu.
Advertisement
Dalam ucapan ringkas yang cukup menyentuh hati, Othman menitipkan pesanan buat Fattah agar menjadi suami yang kuat, penyabar dan penuh tanggungjawab.
“Kami sentiasa mendoakan menjadi insan yang baik dan berguna. Ingat pesan abah, biar kita miskin harta janji kaya budi bahasa.
“Saya juga seperti ayah ayah lain, nak melepaskan anak mesti macam macam rasa. Gembira, hiba dan macam-macam lagi yang tidak terkata.
“Cuma mampu berdoa agar tangan yang menerima lebih baik daripada tangan yang melepaskan. Selebihnya kita hanya berserah kepada Allah SWT,” ujarnya menerusi video tular di media sosial.
@tilljannahfa Pesan ABAH 🥹 #fattmira #fattahamira #amiraothman #setulustakdirfattahamira #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound - tilljannahfa
Mengakui perasaan bercampur-baur ketika melepaskan anak perempuan tersayang kepada keluarga baharu, Othman berharap agar Fattah akan menjaga Amira dengan penuh kasih sayang, melebihi apa yang pernah diberikan oleh keluarganya sendiri.
“Abah percaya Fattah akan terus menjaga dengan lebih baik daripada apa yang kami telah berikan.
“Kepada Fattah, abah nak pesan, Fattah sebagai suami mesti kuat dan sabar, memang banyak dugaan.
“Kalau Fattah rasa pahit, sakit, pedih, jangan takut, kita semua pun dah rasa. Kehidupan memang berwarna dan ia mematangkan kita.
“Kepada anakku Amira, sentiasa doakan juga sentias harus kuat dan sabar. Kalau ada yang tak puas hati, simpan dulu sampai esok pagi. Buat kopi bagi dekat suami lepas itu luahkan,” katanya.
Terdahulu, Fattah menamatkan zaman dudanya dengan Amira pada 14 September lalu di sebuah resort di Sepang.