Skip to main content

Hiburan

Bapa Pertahan Marsya Utamakan Pelajaran, Anggap Bidang Muzik Bonus - “Rezeki Masing-Masing

Marsya

Sekilas

  • Bapa Marsya, Shahrin Samsudin, menegaskan rezeki setiap individu sudah ditentukan dan fokus Marsya kini adalah melanjutkan pelajaran ke peringkat master.
  • Shahrin dan isteri, Liza Hanim, bertanggungjawab membentuk hala tuju kerjaya Marsya dan menasihatkan orang ramai supaya buat kajian sebelum mengkritik.
  • Seorang individu sebelum ini mendakwa Marsya kurang mendapat tawaran persembahan selepas menang Talk To My Manager, namun hantaran tersebut telah dipadam.

Bapa kepada penyanyi, Marsya iaitu Shahrin Samsudin menyelar dakwaan seorang individu yang mengatakan anaknya itu seakan tidak menyerlah selepas bergelar juara bagi program Talk To My Manager musim pertama.

Menerusi ruangan komen, Shahrin yang juga merupakan anggota kumpulan Indigo menegaskan bahawa rezeki bagi setiap individu telah tertulis dan ditentukan Allah SWT.

Tambahnya lagi, fokus utama Marsya ketika ini adalah untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran.

“Kau dah kenapa? Rezeki masing-masing. Sekarang keutamaan Marsya adalah degree dan sambung master.

“Buat benda yang menjamin masa depan dan muzik adalah bonus,” kongsinya.

Dalam pada itu, Shahrin memaklumkan bahawa sudah menjadi tugas buatnya dan isteri yang juga penyanyi, Liza Hanim untuk membentuk hala tuju Marsya.

“Sebagai ibu bapa kami yang set direction Marsya. Buat research dulu baru bercakap atau menulis dengan bijak,” katanya lagi.

Sebelum ini, seorang individu secara terbuka mendakwa bahawa Marsya seakan kurang mendapat tawaran untuk membuat persembahan meskipun muncul sebagai juara program Talk To My Manager.

Perkongsian itu kemudiannya menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan ramai.

Walau bagaimanapun, individu berkenaan bertindak memadam hantaran yang dibuat.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Must-Watch Video

Advertisement