Bapa kepada penyanyi, Khai Bahar iaitu Baharudddin Bakri dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat.
Berita sedih itu dikongsikan sendiri oleh Khai menerusi hantaran di Instagram Story.
Advertisement
"Takziah buat keluarga Khai Bahar, Kyra Bahar atas pemergian ayanda mereka.
"Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah,diampunkan segala dosa, dan ditempatkan bersama orang-orang beriman," kongsi Khai.
Sementara itu, pengurus kepada pelantun lagu Luluh itu , Jai mengesahkan perkara tersebut.
Menurutnya, Allahyarham telah menghembuska nafas terakhirnya sekitar jam 9.30 malam di Hospital Tunku Fauziah, Kangar dan akan dikembumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka.
"Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa Pak Bahar, ayah kepada Khai Bahar, telah kembali ke rahmatullah di Hospital Tunku Fauziah, Kangar sekitar jam 9.30pm pada 19/9/25 akibat dari penyakit kencing manis, stoke & buang pinggang.
"Dimaklumkan bahawa jenazah Allahyarham Pak Bahar akan dimandi dan dikafankan di Masjid Al-Arifin, Padang Katong, Perlis.
"Solat jenazah akan dilaksanakan selepas solat Zohor di masjid yang sama dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka," kata pengurusnya menerusi satu hantaran mesej.
Gempak juga cuba menghubungi Khai Bahar namun tiada respon setakat ini.