Skip to main content

Hiburan

Bapa Firdaus & Fahimi Rahmat Meninggal Dunia Dalam Tidur - “Ayah Memang Ada Sakit Tapi…”

Firdaus Rahmat

Bapa kepada penyanyi dan komposer, Firdaus Rahmat iaitu Rahmat Ayop dilaporkan meninggal dunia pada 5.30 pagi Jumaat. 

Ketika dihubungi Gempak, Firdaus memaklumkan bapanya menghembuskan nafas terakhir semasa tidur.  

“Ayah saya meninggal dunia dalam 5.30 pagi tadi, ayah memang ada sakit tapi dia meninggal dalam tidur tadi. 

“Mak nak kejut tahu-tahu badan arwah dah sejuk,” katanya kepada Gempak.

Arwah meninggal dunia pada usia 65 tahun.  

Dalam pada itu, Firdaus juga berkongsi jenazah arwah bapanya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.

“Solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid Al-Ubudiah Seksyen 19 dan arwah akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam,” tambahnya.

Pelantun lagu Destinasi itu juga memohon doa orang ramai agar segala urusan dipermudahkan.  

Salam takziah buat Firdaus dan keluarga. 
 

Must-Watch Video

Advertisement