Chef selebriti, Anis Nabilah berkongsi khabar duka apabila bapanya, Umaruddin Yahya meninggal dunia pada 3 Ramadan (Jumaat).
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi Instagram Story miliknya bagi memaklumkan berita pemergian insan tersayang itu kepada umum.
“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.
“Ayah saya, Umaruddin Yahya telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.50 malam, Jumaat, 20 Februari 2025 bersamaan 3 Ramadan 1447.
“Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah segala kesalahannya.
“Saya mohon doa daripada semua untuk ayah saya,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mengundang rasa sebak dalam kalangan pengikutnya yang turut menitipkan ucapan takziah dan doa buat Allahyarham.