Skip to main content

Berita

Bapa Amir Raja Lawak Meninggal Dunia

amir_bapa

Pelawak Amir Raja Lawak berkongsi khabar duka pemergian bapanya, Azmi Deris atau lebih dikenali sebagai Abe Mie Usm menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian pada malam Isnin.

Perkara itu dimaklumkan Amir menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.

Advertisement

“Assalamualaikum. Innalillahiwainnailaihirojiun. Dukacita dimaklumkan abah saya Azmi (Abe Mie Usm) telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di HUSM Kubang Kerian.

"Apa-apa urusan saya akan bagitahu balik kat Facebook ini ye. Semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang beriman, beramal soleh, solehah dan ahli syurga. Aamiin,” tulisnya.

Menurut Amir, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan pada jam 9 pagi di Masjid Desa Rahmat sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Tok Kenali, Kubang Kerian untuk dikebumikan.

Amir turut merakamkan penghargaan kepada semua yang telah mendoakan dan menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat arwah bapanya.

“Terima kasih banyak-banyak pada yang mendoakan dan menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat arwah abah saya,” tambahnya.

Pertengahan Julai lalu, Amir memaklumkan bapanya menghidap kanser usus dan keadaan bapanya itu semakin uzur.

Must-Watch Video

Advertisement