Skip to main content

Hiburan

Banyak Kali Bawa Watak ‘Mat Rempit’, Rupa-Rupanya Shaheizy Sam Tak Berani Tunggang Motosikal - “Sebab Dalam Fikiran Saya…”

ASTROGEMPAK Shaheizy Sam

Sekilas

  • Shaheizy Sam sering dilabel sebagai ‘mat rempit’ kerana wataknya dalam filem seperti Adnan Sempit, Bohsia, dan Mat Motor.
  • Walaupun sering membawa watak penunggang motosikal, Sam sebenarnya takut menunggang motosikal dan babak aksi motosikal dalam filem dilakukan oleh pelakon pengganti.
  • Sam hanya berani menunggang motosikal di kawasan selamat seperti taman perumahan kerana risau tentang risiko keselamatan yang tinggi berbanding memandu kereta.

Sering membawa watak sebagai ‘mat rempit’ dalam beberapa buah filem, pelakon Shaheizy Sam mendedahkan dia sebenarnya tidak berani untuk menunggang motosikal. 

 

Menurut Sam, lakonannya dalam filem seperti Adnan Sempit, Bohsia dan Mat Motor membuatkan ramai penonton melabelnya sebagai ‘mat rempit’ sehingga ke hari ini.

 

“Sejujurnya, melalui lakonan saya dalam filem Adnan Sempit, Bohsia dan Mat Motor, ramai yang gelar saya sebagai seorang ‘mat rempit’. Sampai ke hari ini, orang panggil saya ‘mat rempit’. 

 

“Tapi saya sebenarnya takut bawa motor. Ada dalam salah satu babak aksi motosikal terpacak ke hadapan, babak tersebut sebenarnya dilakonkan oleh orang lain kerana saya sendiri tidak berani bawa motor,” katanya. 

 

Tambah Sam, jika memiliki motosikal sekalipun, dia hanya berani menunggang dalam kawasan yang selamat seperti taman perumahan.

 

“Kalau saya ada motosikal di rumah, saya hanya berani menunggangnya di dalam kawasan taman perumahan sahaja. 

 

“Sebab dalam fikiran saya sering terlintas pelbagai kemungkinan, seperti bagaimana jika tayar tiba-tiba tercabut, atau bahagian belakang motosikal saya tidak disedari oleh orang lain dan dilanggar,” ujarnya.

 

Menurutnya lagi, menunggang motosikal mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding memandu kereta kerana tiada perlindungan fizikal yang kukuh.

 

“Bagi saya, motosikal ini ibarat kita yang ‘membalut’ motosikal itu. Berbeza dengan kereta yang dilindungi oleh rangka besi. 

 

“Jadi, apa sahaja yang berlaku ketika menunggang motosikal, kita yang akan tercedera dahulu sebelum motosikal itu.

 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

Must-Watch Video

Advertisement