Skip to main content

Hiburan

Bakal Lancarkan Lagu ‘Kentoot’, Ceddy Ang Kongsi Keperibadian Ayda Jebat - “Dia Ada Buat Sesuatu Yang…”

Ceddy Ang

Sekilas

  • Ayda Jebat akan melancarkan lagu terbaharunya berjudul ‘Kentoot’ pada Sabtu depan.
  • Pempengaruh media sosial, Ceddy Ang, memuji kebaikan hati Ayda dan suami yang menyokong artis baru seperti dirinya.
  • Ceddy turut memuji lagu ‘Kentoot’ yang mempunyai muzik rancak dan sangat bagus.

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mengumumkan dia bakal melancarkan lagu terbaharunya yang berjudul ‘Kentoot’ pada Sabtu depan. 

 

Berita tersebut turut mendapat perhatian pempengaruh media sosial, Ceddy Ang yang menganggap tajuk lagu tersebut mungkin akan menjadi bahan perbualan netizen. 

 

Ceddy menerusi Instastory bagaimanapun berkata dia hanya ingin berkongsi keperibadian Ayda yang dianggap seorang yang sangat baik hati dan ikhlas. 

 

“Ya, orang akan judge tajuk dia dan cakap bukan-bukan tapi saya hanya nak anda semua tau dalam industri ini, Ayda Jebat ialah seorang yang sangat baik hati dan ikhlas. 

 

“Dia ada buat sesuatu yang baik kepada saya di mana saya tak akan pernah lupa,” kongsi Ceddy. 

 

Pada perkongsian yang sama, Ceddy memberitahu dia berasa terharu apabila Ayda dan suami, Nabil Mahir meminta media untuk mempromosikan lagu yang dilancarkannya tidak lama lagi. 

 

“Ada satu hari itu, dia dan Nabil Mahir beritahu media yang saya akan keluarkan sebuah lagu juga dan minta mereka untuk menulisnya. 

 

“Mereka tak perlu pun buat begitu tapi tetap buat juga. Sebagai orang baharu dalam dunia muzik tanah air, ia sesuatu perkara yang sangat manis daripada mereka,” katanya lagi. 

 

Dalam pada itu, Ceddy turut memuji lagu ‘Kentoot’ yang mempunyai muzik bagus dan rancak. 

 

“Saya dah dengar lagu itu, muziknya sangat bagus. Rancak gila, saya sangat menyukainya!@cuurley,” ujarnya. 

Must-Watch Video

Advertisement