Skip to main content

Selebriti

Bakal Jadi Babah, Qi Razali Syukur Isteri Tak Alami Alahan Teruk - “Minta Nak Makan Pancake & Pegang Baju”

Qi Razali bakal jadi babah

Sekilas

  • Pelakon Qi Razali mengumumkan isterinya, Wardah Hayati, kini hamil lima bulan dengan jangkaan kelahiran pada Mac tahun depan.
  • Qi berkongsi tahun ini sangat bermakna kerana mendirikan rumah tangga, menang anugerah pelakon terbaik, dan bakal menjadi bapa.
  • Wardah tidak mengalami alahan teruk sepanjang kehamilan dan pasangan ini berkahwin pada 25 Mei lalu di Gopeng, Perak.

Pelakon, Qi Razali berkongsi berita gembira dan menyatakan rasa syukur apabila mendapat tahu isterinya, Wardah Hayati kini sedang hamil lima bulan.

Menerusi perkongsian Qi dalam satu video temu bual baru-baru ini, pemilik nama sebenar Qushairi Mohammed Razali, 48, ini memaklumkan tarikh jangkaan cahaya mata pertama mereka dilahirkan adalah pada Mac tahun depan.

“Tahun ini sangat baik buat saya kerana mendirikan rumah tangga dan menang anugerah pelakon terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) dan bakal menjadi bapa pula nanti.

“Sudah masuk lima bulan lebih dan ini merupakan kali pertama saya dedahkan sebab sebelum ini semua hanya teka-teka tapi saya tidak kongsikan.

“Kemungkinan akan melahirkan anak pertama ini pada penghujung Mac nanti, minta semua doakan semoga semuanya dipermudahkan,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai keadaan isterinya, Qi berkata setakat ini isterinya tidak mengalami alahan teruk sepanjang kehamilan anak pertama ini.

“Alhamdulilah keadaan isteri sangat baik tapi banyak penat sikit cuma ada la sikit-sikit isteri minta nak makan pancake dan minta pegang baju saya,” katanya.

Untuk info, Qi dan Wardah, 30, disatukan dalam majlis tertutup yang berlangsung di Gopeng, Perak pada 25 Mei lalu.

Must-Watch Video

Advertisement