Skip to main content

Hiburan

Bakal Anjur Showcase Di Qatar April Ini, Ella Teruja Tiket Hampir ‘Sold Out’ - “Tapi Bergantung Juga Kepada Kemelut Di Timur Tengah”

Ella

Sekilas

  • Ella akan mengadakan showcase di Qatar pada 26 April ini atas jemputan sebuah organisasi Malaysia.
  • Persembahan tersebut bergantung kepada situasi kemelut di Timur Tengah dan kemungkinan penundaan penerbangan.
  • Ella akan menyanyikan kira-kira 15 lagu dan berharap keadaan di sana akan pulih sebelum acara berlangsung.

Ratu rock negara, Ella meluahkan rasa teruja kerana bakal mengadakan showcase di Qatar pada April ini.

Walau bagaimanapun, pemilik nama Nor Zila Aminuddin ini memaklumkan pelaksanaan showcase tersebut bergantung kepada perkembangan kemelut yang berlaku di Timur Tengah ketika ini.

“Saya akan mengadakan satu showcase di Qatar atas jemputan yang dibuat sebuah organisasi Malaysia.

“Mereka menjemput saya untuk membuat persembahan di sana pada 26 April depan. Tiket semua dah hampir terjual.

“Tetapi bergantung juga kepada kemelut yang berlaku di Timur Tengah ketika ini. Kalau penerbangan ditunda, saya kena terima,” katanya kepada Gempak.

Ella berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Rockqueen Bersama Anak-Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Rumah Kebajikan Hajah Kamariah yang bertempat di The Saujana Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa

Berkongsi mengenai showcase tersebut, pelantun lagu Retak ini memaklumkan bahawa dia bakal menyanyikan 15 buah lagu buat penonton yang hadir.

“Saya sangat tak sabar nak buat persembahan di hadapan penonton di sana sebab suasana yang berbeza, kan?

“Untuk showcase itu nanti saya akan menyanyikan kira-kira 15 buah lagu.

“Jadi doalah agar kemelut di sana berhenti,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Must-Watch Video

Advertisement