Skip to main content

Hiburan

Bahagiakan Isteri ‘Kunci’ Rezeki & Kebahagian Dalam Rumah Tangga Zahiril Adzim - “Hanya Saya Bekerja Tapi Kami Tiada Masalah…”

ASTROGEMPAK Zahiril

Sekilas

  • Zahiril Adzim kini menjadi satu-satunya pencari nafkah dalam keluarga dan tidak menghadapi masalah kewangan walaupun hanya dia yang bekerja.
  • Pelakon ini menekankan pentingnya membahagiakan isteri, Shera Ayob, sebagai salah satu kunci rezeki yang murah dan hubungan rumah tangga yang harmoni.
  • Selepas 15 tahun berkahwin, kehadiran anak mereka, Nadi Anaqi, berusia 13 tahun, menjadi penguat dan penyeri dalam kehidupan keluarga mereka.

Sentiasa mengutamakan isteri dan anak, pelakon Zahiril Adzim berkata buat masa ini dia tidak berdepan dengan masalah dari segi kewangan biarpun hanya dirinya sahaja bekerja. 

 

Menurut Zahiril atau Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 42, dengan membahagiakan isteri iaitu Shera Ayob juga antara punca dia mendapatkan rezeki yang murah. 

 

“Setakat ini hanya saya yang bekerja tapi kami tiada masalah dari segi komitmen bulanan atau duit.

 

“Shera pun sangat memahami dan sebagai suami sentiasalah bahagiakan isteri kalau nak rezeki murah.

 

“Saya tanam dalam kepala cari rezeki untuk anak dan isteri, saya memang dahulukan isteri. Saya sentiasa ada bajet untuk dia,” katanya kepada Gempak.

 

Menginjak 15 tahun usia perkahwinan, Zahiril turut menyifatkan kehadiran cahaya mata mereka, Nadi Anaqi yang kini berusia 13 tahun sebagai pelengkap dan penguat hubungan suami isteri.

 

“Saya dan Shera sentiasa terima saja apa yang terjadi selain sentiasa memperbaiki diri kami. Alhamdulillah kami ada anak yang menjadi penguat yang sangat besar dalam rumah tangga kami. 

 

“Anaqi memang tempat kami bergelak ketawa… dialah penyeri dalam rumah tangga kami,” kata pelakon drama Aku Pilih Pelangi ini. 

 

Untuk rekod, Zahiril dan Shera mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011.

Anda mungkin berminat dengan

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

Must Watch Video

Advertisement