Skip to main content

Hiburan

Badan Belum Pulih Sepenuhnya Selepas Kemalangan, Ezzanie Jasny Minta Nasihat - “Kena Buat Apa Eh?”

Ezzanie Jasny

Sekilas

  • Pelakon Ezzanie Jasny masih mengalami ketidakselesaan badan terutama selepas duduk lama akibat kemalangan jalan raya sebelum ini.
  • Dia meminta pandangan warganet mengenai rawatan yang sesuai seperti fisioterapi untuk membantu pemulihan.
  • Netizen menyarankan Ezzanie mendapatkan rawatan doktor, fisioterapi, dan berehat secukupnya untuk mempercepatkan proses sembuh.

Pelakon, Ezzanie Jasny merasakan keadaan dirinya belum pulih sepenuhnya selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya sebelum ini.

Menerusi ciapan di Threads, Ezzanie atau nama sebenarnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny berkongsi bahawa sehingga hari ini dia masih berdepan rasa tidak selesa pada bahagian badan lebih-lebih lagi selepas duduk terlalu lama.

“Lepas accident hari tu kan, sampai ke hari ini badan macam tak selesa. Setiap kali kalau duduk lama dalam certain position, lepas tu nak bangun mesti rasa sakit-sakit badan,” kongsinya.

Menerusi perkongsian yang sama, pelakon drama Layang-Layang Perkahwinan ini meminta pandangan warganet mengenai keadaannya itu.

“Kena buat apa eh? Pergi physio ke? Hm,” tanya Ezzanie.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa risau dengan keadaan Ezzanie sambil menyarankan pelakon berusia 27 tahun itu agar berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.

“Seeloknya Ezzanie pergi fisioterapi.

“Mungkin boleh x-ray dulu, lepas itu boleh pergi mengurut satu badan. Buat fisio dan konsisten.

“Kena banyak berehat dan banyakkan makan protein,” komen netizen.

Sebelum ini, Ezzanie mengalami kecederaan di kepala selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bersama kedua-dua ibu bapanya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

Must-Watch Video

Advertisement