Skip to main content

Hollywood

Bad Bunny ‘Bawa Puerto Rico’, Lady Gaga Sampai Pasangan Kahwin di Super Bowl

bad-bunny

Sekilas

  • Bad Bunny mencipta sejarah sebagai artis Latin pertama yang membuat persembahan di acara separuh masa Super Bowl ke-60 di Stadium Levi, California.
  • Persembahan meriah itu menampilkan elemen budaya Puerto Rico dengan lebih 400 pemain tambahan, piroteknik, dan kemunculan bintang terkenal seperti Lady Gaga, Ricky Martin, dan Cardi B.
  • Persembahan Bad Bunny menerima pelbagai reaksi di media sosial, dengan sesetengah peminat teruja manakala ada juga yang mengkritik penggunaan bendera negara lain dalam acara di Amerika Syarikat.

Selepas mencetak sejarah menjadi artis Latin pertama membawa pulang trofi Album Terbaik di Anugerah Grammy ke-68 yang berlangsung di Los Angeles baru-baru ini, Bad Bunny mempertahankan rekod yang sama apabila menjadi penyanyi Puerto Rico pertama membuat persembahan di acara separuh masa Super Bowl sejak 60 tahun penganjuran.

Kemunculannya juga ‘dihebohkan’ dengan menyaksikan penyanyi berusia 31 tahun itu membawa ‘satu Puerto Rico’  ke padang Stadium Levi, Santa Clara, California Super pada Ahad. Persembahan pada edisi ke-60 itu bukan hanya dilatari dengan ladang tebu tetapi pemuzik Latin dan temasya gilang-gemilang yang menjadi tradisi masyarakat tersebut.

Wired melaporkan, seramai lebih 400 ‘pemain tambahan’ ikut serta dalam festival tersebut selain menggunakan sekitar 9,852 bahan letupan atau api terkawal yang dikenali sebagai piroteknik teater sepanjang persembahan berlangsung. Sebahagian pokok tebu juga merupakan formasi orang yang memeriahkan persembahan tersebut.

Lebih menarik, Bad Bunny memberi kejutan kepada peminat dengan kemunculan bintang terkenal dunia termasuk Lady Gaga yang menari salsa dan menyampaikan hit Die With a Smile dalam bahasa Inggeris selain Ricky Martin dan Cardi B.

Malah sepasang pengantin juga melangsungkan perkahwinan mereka pada acara tersebut, lapor The New York Post pula.

Bad Bunny menutup persembahan penuh meriah itu dengan mesej ‘God Bless America’ meski presiden Donald Trump menerusi ciapan di X menyelar dan menyifatkan kemunculan penyanyi Latin tersebut di acara Super Bowl sebagai buruk.

Pengguna media sosial turut ‘terpecah dua’ selepas menonton persembahan Bad Bunny. Jika peminatnya teruja dengan persembahan yang disifatkan hebat, ada dalam kalangan netizen melahirkan kritikan termasuk mempersoalkan tindakan penyanyi itu membawa sama bendera negara-negara lain dalam persembahan yang diadakan di Amerika Syarikat.

Persembahan Super Bowl memang menjadi tumpuan sejak bertahun lamanya. Tahun lalu, acara ini dimeriahkan oleh Kendrick Lamar sebelum mendiang Michael Jackson juga pernah menghiburkan penonton dalam Super Bowl yang pada awalnya hanya diisi oleh pancaragam universiti.

Anda mungkin berminat dengan

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Jordan Jumpman Hat - Brown

Jordan Jumpman Hat - Brown

Fjallraven High Coast Foldsack 24 - Black

Fjallraven High Coast Foldsack 24 - Black

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Must-Watch Video

Advertisement