Penyanyi Baby Shima mengaku tidak tahu mengapa dirinya mempunyai peminat yang obses sehingga mengugut untuk membunuh diri.
Peminat lelaki tersebut membuat ugutan menerusi perkongsian pada single terkininya, Island Boi.
“Saya pun tak tahu kenapa dia cemburu dengan muzik video Island Boi.
“Pada saya MV itu biasa saja. Tak over pun. Jadi saya tak tahu kenapa sampai dia ugut nak bunuh diri,” kata Baby Shima.
Advertisement
Ditanya mengenai respons terhadap ugutan tersebut, penyanyi berusia 32 tahun itu secara berseloroh menjawab: “Saya tertunggu-tunggu juga dia sudah bunuh diri ke?”
Namun Baby Shima kemudian menyambung takut dengan ugutan yang dikeluarkan lelaki tidak dikenali itu.
“Sebenarnya saya takut juga. Takut fikir kenapa sampai nak bunuh diri,” katanya lagi.
Baby Shima ditemui pada sidang media Konsert Inul Daratista Live in Malaysia ‘Millenial Dangdut Nusantara’ yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.
Penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Roadblock Hatiku itu akan menjadi pelengkap konssert Inul bersama Amelina yang dijadual berlangsung pada 6 Disember 2025 di Setia Spice Arena Pulau Pinang.
“Teruja tentunya kerana dapat sepentas dalam konsert berskala besar bersama legenda Inul Darastita dan Amelina,” katanya.