Sekilas
- Selepas tujuh tahun menyepi, pelakon Azar Azmi kembali ke dunia lakonan dengan menyertai set penggambaran drama Astro.
- Azar meluahkan rasa gementar dan sebak ketika memulakan penggambaran, yang dikongsi melalui video di akaun Bambamstudioofficial.
- Wargamaya memberikan sokongan dan doa kepada Azar selepas mengetahui kisah peribadinya yang sukar termasuk pengalaman ditahan reman atas tuduhan penipuan.
Selepas tujuh tahun menghilangkan diri dari dunia seni, pelakon Azar Azmi kini kembali memasuki set penggambaran drama terbitan Astro.
Menerusi perkongsian video di akaun Bambamstudioofficial, Azar meluahkan rasa gementar untuk memasuki set penggambaran tersebut.
“Nervous… saya takut,” kata Azar yang turut berasa sebak kerana diberi peluang untuk kembali ke dunia lakonan.
Rata-rata wargamaya turut berasa sebak melihat Azar menangis namun tetap mendoakan pelakon itu terus kuat serta dipermudahkan segala urusannya.
Sebelum ini, Azar mendedahkan mengenai kehidupan peribadinya yang agak menyedihkan dan pengalaman ditahan reman atas tuduhan melibatkan kes penipuan.
@bambamstudiosofficial Azar Azmi nervous nak masuk set drama terbaru Astro…Selamat kembali berlakon, Azar…. Kalau korang nak tahu drama apa, tunggu update dari BamBam Studios @azarazmi #BamBamStudios #Dramamelayu #astroone ♬ original sound - bambamstudiosofficial