Skip to main content

Selebriti

Ayda Jebat Terharu, Hargai Pengorbanan Suami Jaga Anak - “Nabil ‘Take Over’ Jaga ‘Baby’, Setiap Kali Tanya, Dia Jawab ‘It’s Okay’…”

Ayda Jebat

Sekilas

  • Ayda Jebat meluahkan rasa terharu apabila suaminya, Nabil Mahir, banyak membantu menguruskan anak mereka ketika dia sibuk dengan promosi lagu raya terbaru.
  • Walaupun jadual Ayda padat dan keletihan, Nabil mengambil alih tanggungjawab menjaga bayi tanpa sebarang rungutan.
  • Ayda turut menitipkan doa dan penghargaan kepada suami-suami yang sentiasa berusaha meringankan beban dan membahagiakan isteri mereka.

Pelakon, Ayda Jebat meluahka rasa terharu apabila suaminya, Nabil Mahir banyak membantu menguruskan anak mereka yang masih kecil ketika dirinya sibuk dengan komitmen kerja.

Menurut Ayda, jadual hariannya yang padat dengan aktiviti promosi lagu raya terbaharu menyebabkan dirinya sedikit keletihan.

Bagaimanapun dia bersyukur kerana Nabil mengambil alih tanggungjawab menjaga bayi mereka tanpa sebarang rungutan.

“Kerja pagi, whole day promo lagu #YaaHariRaya dekat radio radio. Semalam pulak CL dah balik.

“Nabil takeover jaga baby. Setiap kali kita tanya ‘nak saya tolong apa apa?’ Dia jawab ‘It’s okay, tidur tidur, tidur sayang… I’m okay.’

“Sampai nak bersahur baru dia ‘saya turun sekejap tau nak sahur’ kemudian baru dia pass the baby to me.

“Bila fikir balik, betul lah rezeki tu kadang bukan pasal duit semata. Ada suami yang membantu dan menyenangkan isteri, pun rezeki,” kongsinya menerus hantaran di Threads.

Dalam hantaran yang sama, Ayda juga turut menitipkan doa dan penghargaan kepada para suami yang sentiasa berusaha membahagiakan serta meringankan beban pasangan masing-masing.

“Kepada korang, para suami yang menyenangkan isteri, semoga Allah permudahkan dan senangkan hidup dan urusan korang.

“Bahagia sampai syurga. Sentiasa sihat supaya boleh terus jaga keluarga sampai tua. Insyaallah! Amin,” coretnya.

Anda mungkin berminat dengan

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Baju Melayu Teluk Belanga Bulan Bintang 2026 (NEW) Tema Biru

Baju Melayu Teluk Belanga Bulan Bintang 2026 (NEW) Tema Biru

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

Bayu Somerset Melour Kebaya Selene

Bayu Somerset Melour Kebaya Selene

Must-Watch Video

Advertisement