Skip to main content

Hiburan

Ayda Jebat Kurang Senang Dengan Gurauan Pakcik & Makcik Persenda Nama Bapa - “Orang Tu Tengah Struggle Nak Baik Daripada Strok”

Ayda Jebat

Ringkasan AI

  • Penyanyi Ayda Jebat berkongsi pengalaman kurang selesa apabila makcik dan pakcik bergurau memanggil bapanya 'Jebat Derhaka'.
  • Ayda menjelaskan bapanya sedang dalam proses pemulihan selepas mengalami strok.
  • Dia berasa kurang senang kerana gurauan itu menggunakan nama bapanya yang sedang sakit.
  • Ayda tidak pasti bagaimana mahu memberi respon kerana ia melibatkan orang tua.
  • Perkongsian itu dibuat bersempena hari jadi bapanya dan kejadian terbaru yang berlaku semalam.

Penyanyi Ayda Jebat berkongsi momen kekok apabila berdepan dengan makcik dan pakcik yang bergurau dengan memanggil nama bapanya ‘Jebat Derhaka’.


 

Menerusi perkongsian di Threads, Ayda bagaimanapun meluahkan rasa kurang senang dengan gurauan itu memandangkan bapanya kini dalam proses pemulihan dari sakit strok.


 

“Tak tahu perlu ambil hati ke tak. Kadang bila pakcik makcik cakap 'Oh ni la Ayda Jebat! Anak si Jebat derhaka tu!' sambil gelak-gelak.


 

“Kan tu nama bapa saya. Orang tu tengah struggle nak baik daripada stroke, pakcik makcik main-mainkan nama dia,” kongsinya.


 

Pada perkongsian yang sama, Ayda memberitahu dia tidak tahu untuk memberi respon dengan gurauan itu disebabkan orang tua.


 

“Ok baik… sebab orang tua kita kena terima sajalah kan? Senyum sajalah. Saja kongsi, sebab today birthday Papa (semalam) dan baru saja kejadian tu latest jadi semalam,” katanya lagi.


 


 

Must-Watch Video

Advertisement