Sekilas
- Atu dari kumpulan Zero dedahkan isu kewangan dan beberapa masalah lain menjadi punca konflik dengan abangnya, Sharif.
- Atu sudah cuba berbaik tetapi tidak mendapat respon daripada Sharif, malah mereka sudah tidak saling mengikuti di media sosial.
- Abang sulung mereka, Syaiful, berharap masalah ini dapat diselesaikan segera demi keharmonian keluarga.
Pelawak yang juga ahli kumpulan Zero iaitu Atu, mendakwa isu kewangan menjadi antara punca konflik persaudaraan bersama abangnya, Sharif.
Menuru Atu atau nama lengkapnya Sharif Kunal Doli Sharif, berlaku juga beberapa isu dan masalah lain yang kemudiannya menjadi punca kepada persengketaan mereka adik-beradik.
“Apabila dipendam lama dan akhirnya meletup, memang sukar untuk ditampung lagi. Puncanya pula agak mendalam. Jika diselami lebih jauh, banyak lagi cerita.
“Dalam konteks industri, kita boleh katakan ia sebahagian daripada masalah kerja. Isu kewangan juga antara faktor, selain beberapa perkara lain.
“Namun, jika dihimpunkan semuanya, apa yang saya perlukan hanyalah satu permohonan maaf, bukan kepada saya semata-mata, tetapi kepada keluarga,” katanya kepada Gempak.
Atu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media dan tayang perdana filem terbaharu lakonannya, Duyung: Legenda Aurora di GSC Lalaport Bukit Bintang pada Rabu.
Dalam pada itu, pelawak berusia 33 tahun ini mengakui sudah cuba untuk berbaik namun mendakwa tidak mendapat sebarang maklum balas daripada Sharif.
“Saya memang ada usaha. Bukan setakat berdoa, malah mencari peluang. Ada kalanya kami cuba memanggil Zero untuk membuat persembahan bersama. Namun, apabila tawaran dibuat, kadang-kadang hanya senyap seribu bahasa.
“Jadi kami teruskan dengan berdua (bersama Syaiful). Kalau dilihat di Instagram (IG) dan TikTok, dia juga sudah tidak mengikuti saya,” katanya.
Tambah Atu, dia juga bersedia menurunkan ego demi menjaga keharmonian mereka bersama selepas hampir 12 tahun menempa nama dalam industri hiburan
“Rata-rata menasihatkan supaya perkara ini tidak diperbesarkan kerana ia boleh memberi gambaran buruk kepada keluarga. Mereka yang menasihati saya pun tahu perangai saya dan pihak sebelah sana pun tahu keadaan sebenar.
“Sebagai adik, saya sanggup menurunkan ego demi kebaikan semua.
“Saya memang sayangkan Zero sebab kami bina semua ini bersama sejak hampir 12 tahun lalu. Dalam tempoh itu, kami sama-sama melalui pahit perjalanan ini. Namun, kalau hanya satu isu boleh melupakan segalanya, itu terpulang kepada dia.
“Saya tetap akan teruskan kerana ini sudah menjadi sebahagian daripada kerja dan punca rezeki saya. Jadi, apa pun saya kena teruskan,” ujarnya.
Sementara itu, abang sulung mereka, Syaiful berharap agar segala permasalahan di antara dua adiknya dapat diselesaikan dengan baik.
“Saya dengan adik-beradik memang tiada masalah. Saya sendiri tiada masalah dengan Sharif, tiada masalah dengan Atu sebab saya yang sulung.
“Jadi, pandai-pandailah masing-masing perbetulkan keadaan. Kalau boleh, selesaikan awal-awal. Jangan tunggu sampai timbul masalah besar, baru hendak bermaaf-maafan. Kalau boleh, buat cepat-cepat,” katnya.
Terdahulu, perkongsian Sharif mengenai kisah hidup Atu yang dikatakan hampir terjerumus dengan aktiviti penyalahgunaan dadah kerana salah pilih kawan dalam satu temu bual dalam podcast dikatakan menjadi antara punca kepada konfli