Skip to main content

Selebriti

Arrora Salwa Nafi Jual Busana GV11, Mohon Henti Menipu Guna Nama & Kelirukan Orang Ramai - “Macam Mana Eh Claimed Jual Baju Sedangkan...”

Arrora Salwa

Sekilas

  • Arrora Salwa menafikan dakwaan bahawa busana yang dipakainya pada minggu keempat Gegar Vaganza 11 telah dijual kepada pihak lain dan menegaskan pakaian tersebut masih dalam simpanannya.
  • Sepanjang minggu pertama hingga keenam, semua busana yang dipakai adalah hasil tempahan sendiri dan dibiayai sepenuhnya oleh Arrora, kecuali pada minggu bertemakan rock serta minggu ketujuh dan kelapan yang melibatkan pakaian tajaan.
  • Arrora berharap namanya tidak digunakan sewenang-wenangnya bagi mengelakkan salah faham dan kesan negatif terhadap reputasinya.

Penyanyi, Arrora Salwa menafikan dakwaan kononnya busana yang dipakainya pada minggu keempat Gegar Vaganza 11 telah dijual kepada pihak lain, sedangkan pakaian tersebut merupakan milik peribadinya dan masih berada dalam simpanannya.

Arrora menerusi hantaran di platform Threads berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar dan boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Tambah Arrora, sepanjang penglibatannya dalam Gegar Vaganza 11 dari minggu pertama hingga minggu keenam, semua busana yang dipakai adalah hasil tempahan sendiri dan dibiayai sepenuhnya oleh dirinya.

“Macam mana eh claimed jual baju Arrora Salwa minggu keempat Gegar Vaganza 11 pada orang sedangkan baju tu baju saya dan ada pada saya.

“Tu bukan baju sponsor yang perlu saya pulang balik tau. Dari minggu pertama sampai minggu keenam baju saya pakai semua baju sendiri dan saya bayar designer untuk buat,” jelasnya.

Arrora juga turut menjelaskan bahawa hanya pada minggu bertemakan rock serta minggu ketujuh dan kelapan sahaja barulah melibatkan pakaian tajaan.

Sehubungan itu, Arrora berharap agar namanya tidak digunakan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak bagi mengelakkan salah faham serta sebarang kesan negatif terhadap reputasi dirinya.

“Kecuali minggu rock, minggu ketujuh, lapan sahaja sponsor. Jangan lah guna nama kite wak. Tak pasal-pasal orang cari kite tau,” tulisnya.

Anda mungkin berminat dengan

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

( FREE PILLOW ) Dr. Macio SpinoRes King / Queen / Super Single / Single Mattress German Spring Coil + Coconut Fiber 10

( FREE PILLOW ) Dr. Macio SpinoRes King / Queen / Super Single / Single Mattress German Spring Coil + Coconut Fiber 10

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

Stretchable Plus Size Underwear Spender Panties M-XXXXL / Seluar Dalam Wanita M-XXXXL FELACITY

Stretchable Plus Size Underwear Spender Panties M-XXXXL / Seluar Dalam Wanita M-XXXXL FELACITY

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement