Penyanyi dan pelakon, Ariel Fesol akui gementar sewaktu kembali ke dunia lakonan selepas sekian lama tidak berlakon.
Advertisement
Jelas Ariel atau nama sebenarnya Muhamad Fhazrill Fesol, pada awalnya dia berasa kurang yakin dengan lakonannya dalam siri Satu, Dua... Dia lebih-lebih lagi perlu bergandingan dengan aktres, Erysha Emyra.
“Saya rasa saya tak perform semasa kembali berlakon pada awal-awal itu, saya risau lebih-lebih lagi berlakon dengan Erysha sangat hebat orangnya.
"First scene saya dengan dia, dia dah terus all out, lagilah saya risau,” katanya.
Bagaimanapun, Ariel bersyukur kerana segalanya berjalan lancar setelah dia memberikan sepenuh usaha dalam menjayakan watak yang diberikan.
“Tapi alhamdulillah, bila kita letak usaha itu, semuanya dipermudahkan,” tambahnya.
Selain Ariel dan Erysha, siri arahan pengarah, Datuk Yusry itu turut dibintangi oleh Nasz Sally, Qistina Khaled, Fimie Don, Afiq Hamidon, Rizal Rasid dan Zarif Ghazzi.
Siri Satu Dua...Dia bersiaran setiap hari Khamis dan Jumaat.
 
     
 
                                       
                                       
                                       
                                      