Skip to main content

Drama

Anna Jobling Belajar Main Pickleball Demi Dink! I Love You - "Awalnya Agak Mencabar..."

ASTRO GEMPAK anna pickleball

Sekilas

  • Telefilem romantik *Dink! I Love You* mengangkat sukan pickleball sebagai latar utama dengan lakonan utama Anna Jobling, Aedy Ashraf dan Arfie Shah.
  • Arfie Shah membawa watak Ghazali, pelajar pintar yang belajar bermain pickleball dan membina persahabatan dengan watak Diba lakonan Anna Jobling.
  • Telefilem ini menonjolkan tema persahabatan, disiplin, kepercayaan dan semangat berpasukan, dan kini boleh ditonton secara eksklusif di platform UTV.

Fenomena pickleball yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kini diangkat ke layar menerusi telefilem romantik berjudul *Dink! I Love You*.

Naskhah arahan Boy Koci terbitan Motio Studio itu menampilkan gandingan Anna Jobling, Aedy Ashraf dan Arfie Shah sebagai teraju utama, sekali gus menjadikan sukan yang sedang popular itu sebagai latar utama penceritaan.

Bagi Arfie Shah, telefilem tersebut mempunyai makna tersendiri kerana berjaya menggabungkan dua perkara yang dekat di hatinya iaitu lakonan dan pickleball.

“Sejujurnya saya memang tak pernah sangka sukan yang saya paling minat, iaitu pickleball, akhirnya membuka pintu kepada saya untuk melakonkan watak sebagai atlet pickleball.

“Pada mulanya saya hanya bermain untuk berseronok dan mengisi masa lapang, tetapi takdir membawa saya ke set penggambaran. Bila dikenang semula, semuanya berlaku dengan begitu pantas dan saya sangat bersyukur dengan peluang ini,” katanya.

Lebih menarik, Arfie turut menyifatkan pengalaman bekerjasama dengan Anna Jobling dan Aedy Ashraf sebagai sesuatu yang cukup berharga.

“Anna seorang yang sangat profesional dan mudah bekerjasama, manakala Aedy pula banyak berkongsi pengalaman serta memberi keyakinan kepada saya untuk memberikan yang terbaik dalam setiap babak,” ujarnya.

Dalam telefilem itu, Arfie membawakan watak Ghazali, seorang pelajar pintar yang tidak mempunyai latar belakang dalam dunia sukan sebelum dipilih menjadi pasangan baharu Diba lakonan Anna Jobling dalam arena pickleball.

Menurut Arfie, cabaran terbesar adalah untuk menampilkan proses perkembangan watak Ghazali daripada seorang yang serba kekok kepada individu yang lebih yakin terhadap kebolehannya sendiri.

“Dia seorang pelajar yang pintar, tetapi langsung tidak mempunyai pengalaman dalam sukan.

“Apa yang saya suka mengenai Ghazali ialah perjalanan persahabatannya dengan Diba. Watak Diba bukan sekadar rakan sepasukan, tetapi individu yang sentiasa memberi sokongan dan kepercayaan kepadanya,” katanya.

Sementara itu, Anna mengakui dia tidak pernah bermain pickleball sebelum menerima tawaran menjayakan telefilem berkenaan.

Namun, pelakon berusia 26 tahun itu sanggup menjalani latihan dan mempelajari asas permainan bagi memastikan watak Diba dapat dibawakan dengan meyakinkan.

“Demi menjayakan watak dan memberikan persembahan yang meyakinkan, saya meluangkan masa untuk mempelajari asas permainan serta menjalani latihan sebelum penggambaran bermula.

“Walaupun pada awalnya agak mencabar, saya semakin seronok apabila mula memahami teknik dan rentak permainan pickleball,” katanya.

Menurut Anna, pengalaman tersebut bukan sahaja membuka peluang untuk mencuba sesuatu yang baharu, malah membantunya memahami semangat kesukanan yang menjadi tunjang utama jalan cerita telefilem berkenaan.

Selain mengetengahkan elemen romantik, *Dink! I Love You* turut membawa mesej mengenai persahabatan, disiplin, kepercayaan dan semangat berpasukan yang menjadi asas penting dalam dunia sukan.

Turut membintangi telefilem ini ialah Aedy Ashraf yang memainkan watak Arman, sekali gus melengkapkan segitiga hubungan yang menjadi antara konflik utama dalam penceritaan.

*Dink! I Love You* mula ditayangkan secara eksklusif di platform penstriman UTV sejak 18 Jun lalu.
 

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Nike Men's Everyday Plus Ankle Socks (3 Pairs) - Multi-Color [HJ9340-901]

Nike Men's Everyday Plus Ankle Socks (3 Pairs) - Multi-Color [HJ9340-901]

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

adidas Swimming & Lifestyle Adilette Aqua Slides Unisex Black F35550

adidas Swimming & Lifestyle Adilette Aqua Slides Unisex Black F35550

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

Must Watch Video

Advertisement