Skip to main content

Selebriti

Anna Jobling Akui Tiada Masa Sertai Kelas Lakonan, Terima Kritikan Sebagai Proses Belajar - "Saya Tak Sempurna…”

Anna Jobing belum sempat ke kelas lakonan

Pelakon, Anna Jobling mengakui jadual seninya yang padat menyebabkan dia belum berkesempatan menyertai mana-mana kelas lakonan buat masa ini.

Menurut Anna,  dia banyak bergantung kepada pandangan pengarah dan rakan pelakon untuk memperbaiki mutu lakonannya di set.

Advertisement

“Saya akan masuk kelas lakonan tetapi saya tak mahu cakap yang mana satu duhulu. Sebab jadual saya padat dan tiada masa untuk beri komitmen terhadap kelas.

"Insya-Allah, jika tiada aral melintang selepas tamat penggambaran ini, saya akan masuk kembali.

"Bercakap mengenai lakonan, bergantungan dengan siapa saya bekerja, kebanyakannya adalah pengarah. Sebab saya selalu letak kepercayaan kepada pengarah. Kalau pengarah tu rasa okay, jadi saya akan yakin dan okay.

"Mungkin kadang-kadang tidak sampai kepada penonton. Tetapi di set penggambaran penyampaian itu sampai," katanya ketika ditemui Gempak.

Dalam pada itu, berbicara soal mutu lakonan, Anna berkata sebagai pelakon, dia menerima segala kritikan dengan hati yang terbuka dan akan memperbaiki kekurangannya

"Semua orang ada pendapat masing- masing dan saya terima semua kritikan. Saya tidak sempurna, masih banyak lagi benda saya nak belajar. Tetapi saya akan memandangnya dari sudut positif," ujarnya

Dalam perkembangan lain, Anna Jobling turut berkolaborasi dengan Tangsi Tujuh menerusi sesi Style Talk eksklusif sempena pelancaran kempen perkahwinan terbaharu Tomei, 'Her Vintage Vow', yang meraikan kelembutan, warisan budaya dan perjalanan wanita menuju hari bahagia.

Kempen itu menampilkan empat persona pengantin utama iaitu Diamond Collection, Yellow Diamond Collection, Pearl Collection dan Diamond Cut Collection.

Sekadar rekod, Anna memulakan kerjaya lakonannya sekitar 2020 selepas menyertai Dewi Remaja 2018/2019.

Namun, namanya mula melonjak naik selepas diberi kepercayaan memegang watak utama dalam drama bersiri, Melur Untuk Firdaus pada tahun 2022.

Must-Watch Video