Sekilas
- Pelakon Andy Teh mengakui Chacha Maembong adalah selebriti yang menjadi perhatian hatinya dalam podcast Myn & Cat.
- Andy menafikan dakwaan hubungan istimewa dengan Chacha dan menyatakan mereka masih di peringkat perkenalan sahaja.
- Chacha Maembong juga menegaskan hubungan mereka hanyalah sebagai rakan baik walaupun sering dilihat rapat.
Pelakon Andy Teh mengakui aktres jelita Chacha Maembong merupakan selebriti yang menjadi perhatian hatinya atau celebrity crush.
Perkara itu dikongsikan Andy menerusi podcast Myn & Cat yang dihoskan oleh aktor Yasmin Hani dan Catriana Ross.
Dalam sesi tersebut, Yasmin secara bersahaja mengajukan soalan mengenai selebriti yang menjadi pujaan Andy.
“Siapa selebriti crush awak?” soal Yasmin.
“Chacha Maembong,” jawab Andy.
Apabila ditanya sejak bila minat terhadap aktres itu, Andy tampil berseloroh.
“Baru jumpa tadi,” ujarnya.
Terdahulu, Andy atau nama sebenarnya Andy Teh Kim Hua turut menafikan dakwaan kononnya dia sedang menjalin hubungan istimewa dengan pelakon cantik berkenaan.
Menurutnya, hubungan mereka masih di peringkat perkenalan dan tidak lebih daripada itu.
Andy bagaimanapun tidak menafikan Chacha mempunyai kriteria wanita yang diidamkannya, sekali gus menguatkan lagi spekulasi netizen sebelum ini.
Dalam pada itu, Chacha Maembong, 29, turut menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan pelakon filem Abah Saya Uncle Mike itu.
Katanya, meskipun mereka dilihat rapat, hubungan yang terjalin hanyalah sekadar rakan baik.
Terdahulu, sebuah portal media ada melaporkan Andy Teh didakwa sedang hangat bercinta dengan seorang pelakon wanita, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.
Sumber: TikTok