Skip to main content

Hiburan

Andai Itu Takdirnya 2 Sarat Dengan Emosi, Adakah Azril Benar-Benar Berubah & Akan Disayangi Penonton?

Andai Itu Takdirnya 2

Sekilas

  • Drama Andai Itu Takdirnya 2 kembali dengan kisah yang lebih emosional dan menampilkan Aleya sebagai wanita yang lebih berani dan tegas.
  • Pelakon Hannah Delisha dan Shukri Yahaya berkongsi perkembangan watak mereka yang lebih mendalam dan berbeza dari musim pertama.
  • Drama ini disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria, mengisahkan konflik cinta dan kesetiaan dalam keluarga.

Selepas mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton tiga tahun lalu, drama bersiri Andai Itu Takdirnya 2 kembali dengan kesinambungan yang lebih menyentuh hati yang pastinya sarat dengan emosi mendalam.

Untuk musim kedua ini, drama arahan Feroz Kader ini tidak lagi memaparkan Aleya sebagai seorang wanita yang lembut dan mudah mengalah seperti dahulu.

Menurut pelakon Hannah Delisha yang memegang watak tersebut, dia mahu menampilkan sisi Aleya yang lebih berani dan tegas dalam mempertahankan hak serta maruah dirinya.

Tambah Hannah, dia telah berbincang dengan pengarah untuk memastikan Aleya digambarkan sebagai seorang ibu yang kuat di hadapan anak-anaknya meskipun hatinya hancur.

“Aleya tetap Aleya tetapi kali ini lebih berani dan tegas.

Dari segi kata-kata memang lebih tegas, tapi dia tetap menangis,” kongsinya.

Sementara itu, pelakon, Shukri Yahaya menjanjikan bahawa penonton akan melihat sisi berbeza Azril yang sebelum sering dikaitkan dengan sikap ‘red flag’.

“Korang akan sayang Azril,” ujar Shukri.

Andai Itu Takdirnya 2 mengisahkan Azril, seorang suami yang terperangkap antara kesetiaan terhadap keluarga dan cintanya terhadap Aleya. Apabila cinta semakin pudar dan tragedi melanda, Aleya terpaksa membuat keputusan besar.

Persoalannya, adakah Azril benar-benar berubah? Atau sekali lagi dia akan mensia-siakan peluang yang diberikan oleh Aleya?

Jangan lupa saksikan Andai Itu Takdirnya 2 setiap Isnin hingga Khamis di slot Megadrama pada jam 10 malam di saluran Astro Ria.

Anda mungkin berminat dengan

Sampul Raya 5pcs

Sampul Raya 5pcs

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Must-Watch Video

Advertisement