Skip to main content

Berita Tempatan

Anak Sulung Abby Abadi & Norman Hakim Bertunang - "Jika Allah Izinkan, Akan Ada Empat Ibu Ya..."

Astro Gempak abby danish

Sekilas

  • Mohamed Danish Hakim, anak sulung Abby Abadi dan Norman Hakim, telah selamat bertunang dengan Shalinda dari Singapura pada usia 23 tahun.
  • Perkhabaran pertunangan ini dikongsikan Abby Abadi melalui Instagram dengan momen indah majlis tersebut.
  • Abby turut berkongsi harapan dan doa agar hubungan Danish dan Shalinda dipermudahkan ke fasa seterusnya dalam hidup mereka.

Anak sulung kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim, iaitu Mohamed Danish Hakim, selamat mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang berlangsung petang tadi.

Danish yang kini berusia 23 tahun memilih gadis berasal dari Singapura dikenali sebagai Shalinda sebagai tunangannya.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Abby menerusi satu hantaran di Instagram yang memaparkan momen indah ketika majlis berlangsung.

Dalam perkongsian tersebut, Abby dilihat menyarungkan cincin pertunangan di jari manis Shalinda yang tampil anggun dalam persalinan rona guava.

"Alhamdulillah selamat bertunang Danish dan Shalinda. Semoga Allah mudahkan segala urusan untuk ke fasa seterusnya.

"Jika ALLAH izinkan, jadi ke peringkat seterusnya, @danishhakimofficial & @shalindasdfjkl akan ada 4 ibu ya. Mama, Mummy dari belah Danish & Mak & Ibunya dari belah Shalinda.

"Bukan hanya Ibu 4, Ayahnya juga 4 ye. Papa, Abah.. Daddy & Ayah. Meriah bukan.

"Mewah dgn doa dari Ibu Bapa ni. Semoga hidup semakin diberkati ye anak-anak," tulis Abby.

Untuk rekod, Abby dan Norman mendirikan rumah tangga pada tahun 2002 sebelum berpisah pada 2009.

Selain Danish, mereka turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

Nike Swoosh Printed T-Shirt Dress Children's - Black

Nike Swoosh Printed T-Shirt Dress Children's - Black

Must-Watch Video

Advertisement