Skip to main content

Hiburan

Alyssa Daguise Umum Hamil Anak Pertama - “A New Chapter Begins, Dari Dua Bakal Menjadi Tiga”

Alyssa Daguise

Sekilas

  • Alyssa Daguise, menantu kepada maestro muzik Indonesia Ahmad Dhani, mengumumkan berita kehamilan anak pertama menerusi Instagram.
  • Dia berkongsi rasa syukur dan pengalaman sepanjang trimester pertama serta mengamalkan pemakanan sihat demi tumbesaran bayi.
  • Netizen memberikan ucapan tahniah manakala Alyssa dan suaminya, Al Ghazali, berkahwin secara tertutup pada 24 Jun di Jakarta Selatan.

Menantu kepada maestro muzik Indonesia, Ahmad Dhani iaitu Alyssa Daguise berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil anak pertama.

Menerusi Instagram (IG), Alyssa yang memuat naik semula hantaran dibuat suaminya, Al Ghazali meluahkan rasa syukur kerana impiannya untuk menjadi seorang ibu tidak lama lagi akan tercapai.

“Satu perjalanan baharu dalam kehidupan saya. Menjadi seorang ibu merupakan satu impian saya yang akan menjadi kenyataan, masya-Allah,” kongsinya.

Dalam satu hantaran lain, Alyssa turut berkongsi beberapa gambar memaparkan pengalaman yang dirasainya sepanjang fasa trimester pertama ketika kehamilan.

Kongsi Alyssa, dia mengamalkan pemakanan yang sihat demi tumbesaran anaknya yang bakal lahir tidak lama lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan berita itu dan menitipkan ucapan tahniah buat Alyssa dan Al Ghazali.

Untuk rekod, Alyssa dan Al Ghazali yang juga merupakan pemuzik selamat menjadi suami isteri dalam sebuah proses pernikahan yang berlangsung damai di Hotel St.Regis di Setiabudi, Jakarta Selatan.

Acara itu diadakan secara tertutup pada 24 Jun lalu.

Sumber: IG Alyssa Daguise

Must-Watch Video

Advertisement