Skip to main content

Hiburan

Alpha Dreams Unlock: ALPHA Bertemu DKZ Di Seoul, Belajar Rahsia Disiplin K-Pop

Alpha Dream Unlock

Semasa menjalani latihan insentif di Korea, kumpulan Mpop, Alpha berkesempatan untuk berjumpa dengan kumpulan Kpop terkenal, DKZ.

Alpha bukan sahaja berkesempatan untuk mengenali DKZ malah mereka juga dapat bertanya beberapa tip dalam membentuk satu kumpulan yang berjaya.

Dalam sesi perbualan santai, Rizal bertanyakan ahsia DKZ menghasilkan persembahan tarian yang kemas dan seragam.

Menurut Giseok, DKZ sangat menitikberatkan aspek perincian dalam latihan.

“Waktu kami berlatih, kami sangat pentingkan detail. Jadi kami akan rekod banyak kali dan pantau dari situ,” jelasnya.

Jonghyeong menambah bahawa ahli yang paling mahir dengan koreografi akan membimbing latihan, selain merakam video bagi menilai setiap pergerakan.

Ariel juga bertanyakan soalan mengenai persediaan untuk setiap kali comeback.

Menurut Jaechan, persiapan perlu dimulakan lebih awal dan dilakukan secara konsisten.

“Sebulan sebelum comeback, saya akan mula dapatkan rutin. Senaman sangat penting, kemudian nyanyian dan tarian. Saya akan seimbangkan supaya dalam sehari, semua dapat dilatih,” katanya.

Lawatan ALPHA ke Dongyo Entertainment menjadi lebih meriah apabila DKZ mencabar mereka untuk menjayakan dance challenge. 

ALPHA perlu menghafal tarian Replay My Anthem, manakala DKZ pula mencuba koreografi lagu ALPHA, Mona Lisa (Bang Bang).

Saksikan perjalanan latihan intensif kumpulan Alpha di Korea menerusi Alpha Dreams Unlock: Seoul Chapter.

Alpha Dreams Unlock: Seoul Chapter bersiaran setiap Selasa jam 11 malam di saluran Astro Ria.

Must-Watch Video

Advertisement