Skip to main content

Hiburan

Allan Anderson Kongsi Perasaan Bekerja Dengan Ernie Zakri - “Tiada Tawar Menawar Harga Dalam…”

Allan Anderson

Ringkasan AI

  • Penyanyi Allan Anderson berkongsi pengalaman bekerjasama dengan Ernie Zakri menerusi lagu Nostalgia.
  • Allan memuji Ernie sebagai seorang yang mudah diajak bekerjasama dan sangat berbakat dalam rakaman lagu.
  • Ernie tidak membuat sebarang revisi dan menghargai kerja seni tanpa tawar-menawar harga.
  • Allan menggambarkan Ernie sebagai tidak bossy, tidak diva, dan sangat smooth dalam kerja.
  • Ernie juga sangat menghormati proses seni dan tidak mencari publisiti murahan untuk kekal relevan.

Penyanyi Allan Anderson mendedahkan cara penyanyi Ernie Zakri bekerja dengannya menerusi  lagu Nostalgia. 

 

Menerusi platfrom Threads, Allan berkata Ernie yang seorang yang sangat mudah bekerjasama selain mendedahkan isteri kepada penyanyi Syamel itu tidak berkira dalam soal kerja seni.  


 

“Banyak DM tanya saya bagaimana perasan saya kerja dengan Ernie Zakri waktu buat lagu untuk dia?

Sisi recording, beliau sangat berbakat, mudah untuk di direct. Sisi produksi, beliau tidak ada revisi apapun dengan apa yang sudah saya kerjakan,” kongsinya. 


 

“Semakan itu tiada ada tawar menawar harga dalam song production, beliau sangat menghargai pekerja seni lain. Tidak Bossy, tidak Diva, sangat mudah, dan smooth.


 

Pada perkongsian yang sama, penyanyi kelahiran Indonesia itu juga sangat menghormati Ernie. 


 

“Lagu mau release pun saya diberitahu, sangat menghormati. Itulah seniman yang sesungguhnya, tidak mencari publicity murahan untuk relevant.

Seniman akan membuat karya, untuk relevant bukan statement,” katanya. 

Must-Watch Video

Advertisement