Sekilas
- Datuk Seri Aliff Syukri membantu seorang mualaf warga asing yang viral menjual mangga selepas teringat pengalaman susahnya sendiri ketika kecil.
- Aliff berkongsi kata-kata semangat agar remaja itu tidak mudah berputus asa dan terus berjuang mengubah nasib.
- Tindakan Aliff mendapat pujian netizen kerana sanggup membantu tanpa mengira latar belakang.
Usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri mempunyai sebab tersendiri membantu seorang mualaf warga asing untuk meringankan bebannya selepas video remaja itu sedang menjual mangga tular di media sosial.
Menerusi perkongsian di media sosial miliknya, Aliff berkata dia tersentuh melihat kesungguhan remaja berkenaan mencari rezeki kerana situasi itu mengingatkannya kepada kehidupan susah yang pernah dilalui ketika kecil.
Kata Aliff, dia pernah melalui pengalaman hampir sama apabila menjual jeruk mangga demi membantu keluarga.
“Kenapa saya bantu adik ni sebab bila saya tengok dia saya teringat nasib saya, cerita adik ini hmpir sama seperti kisah saya ketika kecil.
“Menjual jeruk mangga bila saya tengok dia saya teringat zaman saya,” coretnya.

Dalam hantaran yang sama, Aliff turut menitipkan kata-kata semangat buat remaja tersebut agar tidak mudah berputus asa dalam mengubah nasib hidup.
“Percayalah cakap saya, tak ada orang lain yang boleh menaikkan martabat kita selain diri kita sendiri bangkit dan terus berjuang,” pesannya.
Perkongsian Aliff itu ternyata mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memuji tindakan usahawan itu kerana sanggup membantu tanpa mengira latar belakang seseorang.