Skip to main content

Hiburan

Aliff Aziz Tumpang Gembira Dengan Pertunangan Bella Astillah & Syed Saddiq - “Gembira Melihat Mereka Bahagia”

Aliff Aziz

Sekilas

  • Aliff Aziz mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan bekas isteri, Bella Astillah, yang baru bertunang dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
  • Aliff turut berkongsi rasa gembira melihat anak-anak mereka, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna, yang juga bahagia dengan berita tersebut.
  • Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac dalam majlis tertutup dihadiri keluarga dan media hiburan.

Penyanyi dan pelakon Singapura, Aliff Aziz bersyukur dengan berita gembira bekas isteri, Bella Astillah yang baru melangsungkan majlis pertunangan bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini.

Menurut pemilik nama Mohammad Aliff Aziz ini, dia turut mendoakan agar pasangan itu tersebut terus dilimpahi kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.

“Untuk itu Alhamdulillah. Aliff sangat gembira melihat mereka bahagia dan Aliff doakan semoga mereka terus kekal bahagia hingga ke anak cucu insya-Allah.

“Selebihnya, Aliff minta semua doakan yang baik-baik untuk semua orang dan doakan juga yang baik-baik untuk Aliff. Aliff hanya manusia biasa, bukan malaikat, bukan nabi. Kalau ada salah kongsi Aliff minta maaf,” katanya kepada Gempak.

Aliff berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri iQIYI bertempat di Andaman Grand Hall, Kuala Lumpur pada Selasa.

Ketika ditanya adakah dia ada menyaksikan detik bersejarah itu, pelantun lagu Amarah Cinta itu mengakui ada menerima kiriman video daripada beberapa pihak.

Dalam masa yang sama, Aliff dia juga berasa tenang kerana berpeluang melihat kegembiraan yang terpancar pada wajah dua anaknya, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

"Ada lah orang hantar-hantar. Jujurnya Aliff doakan yang terbaik. Ini jujur, bukan cakap untuk apa-apa. Aliff rasa gembira untuk mereka bila lihat anak-anak Aliff juga gembira.

“Itu pun dah buat Aliff rasa gembira. Anak-anak sentiasa dalam doa. Doa untuk mereka semoga kekal ke pelamin,” ujarnya.

Pada 28 Mac lalu, Bella dan Syed Saddiq sah mengikat tali pertunangan yang hanya dihadiri beberapa tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakam terdekat dan beberapa media hiburan.

Dalam majlis berkenaan, pihak Bella menerima lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang kepada pihak Syed Saddiq.

Untuk rekod, Bella Astillah pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz pada 9 September 2016.

Mereka kemudiannya bercerai pada 16 Mei 2019 namun rujuk kembali, sebelum bercerai buat kali kedua pada Mac 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

Must-Watch Video

Advertisement