Sekilas
- Dr Zamir Hilman bersyukur kerana anak-anaknya menerima dan menyukai Sissy Imann sebagai isteri baru mereka.
- Sissy dilihat tidak kekok bersama anak-anak Dr Zamir dan mereka sering melakukan aktiviti bersama seperti berjalan ke zoo dan makan-makan.
- Sissy dan Dr Zamir selamat diijabkabulkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan mas kahwin berupa gelang emas bernilai RM6,840 dan pertukaran hantaran mengikut adat.
Suami kepada penyanyi, Sissy Imann, Dr Zamir Hilman bersyukur kerana niatnya untuk berkahwin diterima baik oleh anak-anak.
Menurut Zamir, anak-anaknya juga bukan sahaja menerima Sissy sebaliknya turut menyukai penyanyi itu.
“Alhamdulillah anak-anak saya suka dia. Anak-anak jugalah yang memberi sokongan untuk saya berkahwin.
“Maksud saya, anak-anak pun memang gembira untuk saya,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai Sissy, Dr Zamir berkata isterinya itu tidak kelihatan kekok ketika bersama anak-anaknya.
“Setakat ini tak nampak dia kekok menjadi seorang ibu. Sebelum ini pun kita ada jumpa dan bawa anak pergi jalan-jalan di Zoo.
“Makan-makan, juga ada keluar sekali bersama yanda dan bonda Sissy, anak-anak pun memang enjoy.
“Tentang anak-anak, saya juga saya tidak mahu mendedahkan mereka kepada umum. Yang mana tahu, tahu, saya mahu simpan sebagai privasi supaya keselamatan mereka terjaga,” ujarnya.
Untuk info, Sissy dan Dr Zamir selamat diijabkabulkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Jumaat lalu.
Sebagai mas kahwin, Sissy menerima seutas gelang emas bernilai RM6,840.
Pertukaran hantaran turut disempurnakan mengikut adat, dengan tiga dulang daripada pihak Sissy dibalas lima dulang daripada pihak lelaki.
Antara hantaran yang paling mencuri perhatian ialah nombor plat khas kereta SIS5795’, gabungan simbolik nama Sissy serta tahun kelahirannya, 1995.